My Life

Tasbih Kaffarah

‘Tasbih Kaffarah’ adalah sebuah lafaz zikir yang biasa kita dengar apabila sudah selesai mana-mana majlis ilmu/kuliah yang kita hadiri.

Tasbih tersebut merupakan amalan sunnah dari Nabi saw untuk kita amalkan yang memberi ganjaran keampunan dari dosa-dosa kita, yang ‘mungkin’ kita ada lakukan ketika dalam majlis tersebut.

Lafaz tasbih ini, boleh juga kita amalkan apabila sudah selesai mesyuarat, sesi perdebatan, perbincangan ilmiah dan apa-apa sahaja majlis keraian/keramaian yang kita hadiri.

Malah, sunnah juga kita baca lafaz tasbih ini apabila sudah selesai membaca al-Quran, selesai solat dan selesai berwudhuk yang mana mempunyai kelebihan atau ganjaran tersendiri.

[HR. al-Nasaie dan al-Hakim: Hadith Sahih]

Ada 3 lafaz tasbih kaffarah ini, iaitu:

1.

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.
“SubhanaAllahi wa bihamdihi, subhanakaAllahumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik.”

2.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ اللَّهُمَّ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.
“SubhanakaAllahumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik.”

3.

سُبْحَانَكَ اللّهُمَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.
“Subhanakallahumma wa bihamdika laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik.”

Maksud kesemuanya:

 

Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji Engkau ya Allah, Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Aku meminta ampunan pada-Mu, dan bertaubat pada-Mu.

Selamat beramal !