My Bizz

Takaful Cerdik


Sediakan Pendidikan Sewajarnya Untuk Anak Anda
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyababkan kita harus menyediakan peruntukkan untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.

Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda.Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Bagaimana Pelan Takafulink Cerdik Berfungsi Untuk Saya?
Lindungi Masa Depan Pendidikan dan Kesejahteraan Hidup Anak AndaPelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda – pendidikan dan perlindungan – dalam kombinasi inovatif satu pelan yang unik.

Manfaat Asas

Kematian : Jumlah dilindungi dan baki nilai di dalam Akaun Unit Pesrta (PUA)*, Akaun Khas Individu (ISA)** akan dibayar jika berlaku kematian.

*PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar dan lebihan, dan/atau untung yang diperolehi.

**ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan dan lebihan, dan/atau untung yang diperolehi akan dibayar.

***IUA adalah akaun gabungan di mana sumbangan manfaat tambahan Takaful Saver diperuntukkan.

Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) : Jumlah dilindungi akan dibayar sekiranya HUPK berlaku sebelum berusia 25 tahun manakala unit-unit di dalam PUA, IUA dan nilai ISA anda akan kekal di dalam akaun anda.

Manfaat Pilihan & amp; Tambahan

Accidental Death & amp ; Disablement : Manfaat kemalangan sebagai tambahan kepada pelan perlindungan utama anda.

Medical Cover : Sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukkan ke Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.

Major Medical Cover : Memberikan perlindungan perubatan untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan Rawatan Pesakit Luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan penyakit atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.

Hospital Benefit : Memberi bantuan wang tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Disability Provider : Manfaat ini dibayar secara tahunan sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 25 tahun.

Crisis Shield : Memberi perlindungan terhadap penyakit kritikal, yang sedia digunakan apabila anda memerlukan.

Contributor : Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran akan dihentikan apabila anda meninggal dunia.

Parent Contributor : Sekiranya ibu bapa peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebelum usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful di masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.

Takaful Saver : Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA). Peserta yang menyertai Takafulink Cerdik dengan tempoh takaful kurang atau sama dengan 20 tahun adalah diwajibkan mengambil Takaful Saver dengan sumbangan menyamai sumbangan tetap Takafulink Cerdik.

Takaful Saver Contributor : Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta mengidap penyakit kritikal.

Takaful Saver Parent Contributor : Sekiranya ibu bapa peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Penuh atau Kekal sebelum umur 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar sumbangan Takaful Saver pada masa hadapan.

Untuk Keperluan Simpanan Anda
Kami juga akan membantu merancang simpanan anda dengan menyediakan pelbagai pilihan dana untuk pelaburan anda.

Sebahagian daripada sumbangan anda akan diperuntukan untuk membeli unit-unit dana Takafulink pilihan anda. Sumbangan diperuntukan berdasarkan tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.

Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3,000.00.

Sekiranya berlaku ketiadaan pembayaran untuk sumbangan tetap, caj akan terus ditolak sehingga jumlah di dalam PUA dan/atau ISA telah berkurangan sehingga kosong dan sijil akan dianggap telah luput.

Dana Takafulink
Pilihlah dana Takafulink yang berlandaskan Syariah yang memenuhi keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Ekuiti

  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi yang berlandaskan Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Untuk peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Takafulink Dana Bon

  • Menyasarkan peluang pengumpulan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah.
  • Untuk peserta yang memiliki toleransi risiko rendah hingga sederhana dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Takafulink Dana Urus

  • Dana diuruskan yang menyasarkan pulangan maksimum dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ianya boleh dicapai dengan melabur di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon, dan mana-mana dana Takafulink yang mungkin ada pada masa hadapan.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko sederhana hingga tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Prestasi sebenar masa lalu bukanlah petanda prestasi masa hadapan yang mungkin akan berbeza. Risiko pelaburan dana akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan tiada jaminan ke atas prestasi dana.

Nilai dana boleh berkurangan dari jumlah sumbangan yang anda bayar, tertakluk kepada prestasi asset semasa.

Perkongsian Lebihan
Setiap peserta layak untuk berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan yang diperolehi akan diagihkankepada peserta dengan mengkreditkannya semula ke akaun ISA mereka dan pembelian unit-unit tambahan di dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan pula akan dikongsi di antara para peserta dan syarikat menurut nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

Pelan yang Memberi Lebih Fleksibilti untuk Anda****

Jumlah perlindungan Takaful untuk kematian dan hilang upaya boleh diubah tanpa menjejaskan sumbangan anda.

Meningkatkan perlindungan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, kehilangan upaya dan manfaat tambahan yang lain.

Membina dana persaraan yang lebih baik dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang dibenarkan oleh Syariah untuk menghasilkan potensi pulangan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan bank untuk jangka panjang

.Anda boleh menukar pelaburan anda di antara dana Takafulink yang berlandaskan Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan ialah RM1,000.

Pemgeluaran untuk memenuhi perubahan keperluan anda pada bila-bila masa. Pengeluaran minimum ialah RM1,000. Ianya boleh dilakukan sekiranya nilai baki unit berjumlah sekurang-kurangnya RM4,000.

****Tertakluk kepada terma dan syarat.

Siapakah yang boleh menyertai Pelan Takafulink Cerdik?
Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 1 hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.

Bagaimana saya boleh memulakannya?
Pertama sekali, anda perlu menentukan keperluan perlindungan anak-anak anda, seperti perlindungan asas mereka serta manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian, tentukan jumlah yang mampu anda sediakan setiap bulan.

Dengan Pelan Takafulink, anda boleh mula melindungi kesihatan anak-anak anda dan masa depan kewangan mereka dari serendah RM3.33 sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *