My Bizz

Rawatan Tradisional Dan Insurans

Wahhh… ini sudah bagus… menarik ni… ramai yang tentu suka dengan statement menteri kesihatan ni… ini bermakna sumber untuk mendapatkan rawatan semakin luas…

_________________________________________________________

Boleh rawat pesakit di hospital

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pesakit menerima rawatan perubatan tradisional dan komplementari selaras dengan perubatan moden di hospital.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berdasarkan peraturan sedia ada, pengamal perubatan terbabit tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital untuk memberikan rawatan.
“Sebelum ini, kita tidak tahu kualiti pengamal perubatan tradisional. Saya yakin dengan adanya akta baharu ini, kualiti perkhidmatan akan lebih teratur dan penerimaan lebih baik daripada pengamal perubatan moden,” katanya.
Beliau menggulung perbahasan rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 di Dewan Rakyat semalam.
Dalam pada itu, Tiong Lai mengesahkan syarikat insurans telah menyatakan persetujuan untuk membolehkan pesakit membuat tuntutan sekiranya mereka mendapatkan rawatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, pesakit tidak boleh membuat tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala pengamal perubatan terbabit tidak dibenar mengeluarkan sijil cuti sakit.
“Pemberian sijil cuti sakit tidak boleh diberikan kerana ia tertakluk kepada akta yang lain,” ujar beliau.
Sementara itu, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia yakin akta baharu ini mampu memberi perlindungan kepada masyarakat dalam mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.
Presidennya, Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dan tertipu dengan tukang-tukang urut dan pengamal perubatan Melayu.
“Dengan adanya pindaan seperti ini, kita harap mereka (pengamal) dapat mempraktikkan cara amalan yang betul,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau juga meminta kerajaan menyediakan satu pelan menyeluruh bagi mengkaji kadar bayaran yang wajar dikenakan kepada pelanggan ketika mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.
Kosmo! semalam melaporkan semua pengamal perubatan Islam termasuk tukang urut dan bidan di negara ini akan diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan.
Sumber : KOSMO!
______________________________________________________________

Syarikat insurans pun dah bagi green light nampaknya… lepas ni akan semakin ramailah yang memiliki polisi medical insurans… bomoh pun dan boleh bagi rawatan untuk pesakit kat hospital pakar…

Ini hanya untuk claim medical insurans saja… untuk Perkeso belum lagi… (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *