My Bizz

PruBSN Ummah

Hidup Pergi Haji… Mati Pun Dapat Haji…

Apakah itu PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 – 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.






Fakta-Fakta Penting :
Perbelanjaan Haji yang Tinggi
Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut. (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Kepentingan Memiliki Wasiat

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis
wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya.” (Sahih Bukhari)

Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal

60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan. (WHO, 2009)

Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji.
  • Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.



Bonus Loyalti
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat.



Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.



Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal
  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.



Tingkatkan simpanan anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.



Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
Manfaat-manfaat PruBSN Ummah

Bonus Loyalti
Ini adalah manfaat yang diberikan kepada anda kerana menjadi
pelanggan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelah
tempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan meyeluruh
sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.

Bagi memastikan ketenangan semasa anda menunaikan Haji,

anda juga akan diberikan elaun Haji, yang merupakan sebahagian
daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah tambahan bagi menampung
perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk
memastikan keperluan kewangan keluarga anda di rumah dijaga
semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.

Pengeluaran simpanan untuk Haji atau Umrah
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan akaun
anda sebagai tambahan untuk keperluan perjalanan Haji atau Umrah,
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali untuk Umrah dan sekali untuk Haji sepanjang tempoh sijil.
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
  • Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai RM500 dan tidak lebih 70% daripada baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
  • Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya RM2,000 selepas pengeluaran dilakukan.



* Manfaat berganda hanya untuk 1 Haji dan 1 Umrah
** Ini adalah bayaran manfaat khairat kematian yang dibuat sebagai tambahan kepada manfaat kematian asas
*** Ini adalah manfaat pilihan. Manfaat penyakit kritikal akan dibayar daripada manfaat takaful asas dan seterusnya, akan mengurangkan manfaat kematian asas. Simpanan akan berterusan daripada manfaat rider Contributor.



Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Selepas kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yang setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful.
Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang
berkaitan.


Gandakan Manfaat Takaful anda semasa menunaikan Haji atau Umrah
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.


Badal Haji 
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.


Manfaat Penyakit Kritikal
Kami akan memberikan sebahagian daripada jumlah perlindungan asas anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.
Tambahan lagi, kami juga akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam pelan ini akan berterusan kerana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda. Perlindungan ini adalah satu pilihan sumbangan tambahan bagi pelan ini.


Penulisan Wasiat Islam
Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.



Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda:
  • Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
  • Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
  • Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau
  • Meninggal dunia



Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji.
Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.

Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *