My Bizz

PruBSN Protect



Mereka yang tersayang bergantung kepada kita
Di dalam apa jua yang kita lakukan, kita melakukannya untuk satu matlamat khusus. Matlamat untuk mencapai ketenangan minda pada usia emas dan meninggalkan warisan kepada yang tersayang. Inilah pemberian terbaik yang dapat kita berikan kepada mereka.


Namun, apakah yang akan kita lakukan jika kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam hidup kita? Tanpa satu pelan yang baik, kita membiarkan mereka yang tersayang tanpa punca pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka. Adalah penting untuk mempunyai satu perancangan kewangan yang akan memberi anda dan mereka yang tersayang, perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak diduga terjadi di dalam kehidupan kita.


Dengan PruBSN Protect, hidup diteruskan
PruBSN Protect membantu anda bersedia untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya. Walaupun pendapatan anda terhenti, PruBSN Protect mampu membantu anda dan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan dengan menyediakan sumber kewangan. Melalui pelbagai jenis komitmen, anda boleh memilih pelan yang khusus mengikut kehidupan dan keperluan anda. Perlindungan yang inovatif ini juga mengambil kira semua kemungkinan di dalam menyediakan pelan yang khusus supaya anda dan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan anda.


PruBSN Protect. Pelan yang memikirkan kehidupan harian anda.


Bagaimanakah PruBSN Protect dapat membantu anda?



Pilihlah perlindungan yang sesuai untuk anda.
PruBSN Protect terbahagi kepada DUA pelan, iaitu PruBSN Protect dan PruBSN Protect Plus. Anda lihat perbezaan dari jadual di bawah. Perbezaan caruman bulan di antara keduanya tidak besar. Dapatkan quotation dari ejen anda hari ini untuk perlindungan yang besar dengan caruman yang murah. Terbaik dari Prudential BSN Takaful Berhad…

Protect Plus
Carta berikut memberi gambaran peningkatan jumlah perlindungan dengan PruBSN Protect Plus.



Dari carta di atas, anda boleh lihat peningkatan jumlah perlindungan dengan caruman yang sama sehingga sampai tempoh matang. Ini sangat penting, contohnya jika anda ambil dengan jumlah perlindungan RM50,000 pada masa sekarang, nilai RM50,000 tersebut tidak akan sama lagi pada masa 10 tahun kemudian. Ini semua bergantung kepada inflasi.

Bagaimana anda dapat meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Protect anda







Anda boleh mengambil pelan ini seawal usia 19 tahun dan selagi anda belum mencapai usia 65 tahun pada tarikh hari lahir akan datang. Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal usia 30 hari.


Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang berikut :


  • umur anda
  • jumlah dan tempoh perlindungan anda
  • status kesihatan anda
  • pekerjaan anda (jika berkenaan)
  • jantina anda
  • kaedah dan kekerapan pembayaran anda



Download Brochure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *