My Bizz

Polisi Tak Cover, Syarikat Insurans Disaman RM2 Juta

Ini pula kisah insurans tak mau cover… orang dah beli polisi… dah jatuh sakit… mati… insurans tak mau bayar…
Anda boleh baca artikel ni… siap mention nama company insurans lagi…
Sumber : Utusan Malaysia

Bagi saya ada beberapa kemungkinan kenapa polisi dia tak cover. Syarikat insurans tak mungkin nak tipu. Semua tertakluk pada klausa dalam polisi. Kita orang biasa kadang-kadang bukan faham sangat bahasa polisi. Ejen insurans sendiri pun kadang-kadang keliru.

Antara sebab kenapa polisi tak cover… kemungkinan orang yang membeli polisi tu dah ada penyakit tersebut. Jadi dia tak declare. Company insurans pun tak minta medical report atau minta buat medical examination. Selalunya kalau kita memohon untuk satu jumlah pampasan yang tinggi, syarikat insurans akan minta pemohon buat medical examination.

Sebab yang lain… penyakit tu memang tak ada coverage. Kalau kita tengok polisi yang dia beli tu hanya cover untuk penyakit kanser. Memang dia mati sebab kanser… tapi kita tak tau apa yang sebenarnya doktor tulis dalam medical report. Kalau doktor tulis penyakit dia bukan kanser memang tak cover lah. Laporan doktor tak ada siapa boleh lawan… termasuk lawyer.

Ada juga sebab yang lain… mungkin polisi dia pernah ‘lapsed’. Kita tak tau rekod sebenar cara pembayaran caruman dia. Kalau tengok polisi dia, saya percaya bukan polisi investment link. Jadi bayaran caruman mestilah tepat atau dibayar advance. Kalau polisi investment link… lewat sebulan… dua bulan… tak pa lagi…

Nasihat saya… kalau anda nak beli apa-apa polisi pun… anda mesti declare apa saja penyakit yang ada… tak boleh sembunyi… sama ada anda pernah masuk wad atau tidak sebaiknya anda mesti declare.

Sama juga dengan status merokok anda. Kalau dalam polisi tulis anda tak merokok tapi sebenarnya anda merokok, ini juga boleh menyebabkan claim anda reject atau decline. Status risiko pekerjaan anda juga kena declare dengan jelas. Apakah actual pekerjaan anda. Kalau silap nanti akan effect pada claim untuk kemalangan anda.

Semua proses declaration semasa permohonan mesti dibuat dengan jelas. Saya dah ada pengalaman.

Walau apa pun… pelanggan berhak untuk memulakan proses saman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *