My Bizz

Perbandingan polisi dari ejen MAA

Hari ni… 17hb Ogos sorang client saya mai office. Semalam clerk saya call dia untuk buat payment sebab dah tertunggak banyak bulan. Tak sangka dia mai bawa sekali dengan polisi. Dah boleh agak dah dia mai bawa polisi ni mesti nak surrender polisi dia.
Pujuk punya pujuk… last-last sekali dia tetap dengan keputusan dia. Saya tak ada masalah kalau itu dah keputusan dia. Dia pun sign borang surrender. Balik…
Sedang clerk saya tengah proses untuk buat surrender tu terjumpa lah kertas summary ni terselit sekali dalam polisi Prudential yang dia bawa tu.
Ohh… rupanya ada ejen lain dah approach dia. Nampak macam ejen MAA sebab comparison tu ada tulisan ‘MAA’. Ini lagi satu perbandingan yang paling tak beretika. Perbandingan pun tak complete. Medical card MAA mana? Sedangkan polisi Prudential yang dia ambil ada medical card. Pulangan investment 21.82%!!! Dijamin ka?

Siap tulis ‘Yuran Mahal’… penerangan pasal ko-takaful pun tak betul. Min 300 max 3000. Apa daaa ejen MAA ni. Kat atas tu siap ada no phone Prudential Alor Star. Ini maknanya ejen tu dah call Prudential tanya something. Saya faham sangat perangai ejen MAA ni.
Selama saya jadi ejen tak pernah pun saya buat perbandingan macam ni. Kalau nak buat sales pun promote la product sendiri sudah la. Yang pi dok compare dengan Prudential tu pasai apa? Saya rasa ejen ni jadi fobia kot bila dengar Prudential.
Kesian kat client saya ni… dia dapat penerangan yang salah dari ejen yang tak beretika. Nak terang balik pun dah tak mau dengaq.
Mana-mana ejen MAA yang suka buat macam ni better berenti sajalah jadi ejen. Tak akan ke mana punya kalau etika kerja macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *