Pentingnya Kerjasama

81

Saya sangat suka dengan video ni… ini antara contoh betapa pentingnya kerjasama dalam kumpulan. Mari kita tonton dengan teliti.

Nampakkan… lihat perbezaan antara dua kumpulan tu… kumpulan baju merah mempunyai segala kekuatan dari segi fizikal. Baju kuning pulak nampak sangat lemah.

Tapi satu kelemahan baju merah, mereka tak boleh bersatu. Bertelagah sesama sendiri. Tidak mendengar arahan kapten. Nampak ada orang lain pun nak jadi kapten jugak dalam satu kapal. Bila ada dua kapten memang kapal tak akan boleh bergerak.

Baju kuning pulak, mereka patuh arahan. Tidak ada pertelagahan langsung. Mereka mendayung sambil pejam mata. Mendayung dan terus mendayung sampai lepas garisan Tamat… malah sampai lajak ke mana entah!

Lihatlah… betapa pentingnya kita bersatu dan patuh arahan kapten. Bolehkah kita relate kan dengan business kita? Ya!… sangat related. Saya relate kan dengan business takaful yang saya buat sekarang. Bagi saya tidak ada Leader yang inginkan business partner atau dengan kata lain ejen-ejen dia susah. Sudah tentu dia nak semua berjaya.

Mungkin kadang-kadang ada leader yang menggariskan RULES dalam agency yang nampak terlalu ketat. Apa yang dibuat mungkin berdasarkan pengalaman selama beliau dalam business. Dan mungkin dia mahukan sesuatu yang lebih baik… atau mungkin untuk sesuatu yang TERBAIK… maka diadakan satu RULES yang mewajibkan semua ikut. Mungkin pula ada agent yang tak mampu nak ikut.

Tapi apa susahnya… buatlah dengan cara sendiri tanpa mengganggu team member yang lain. Tak susah pun kan. Buatlah sampai berjaya. Malangnya, bila ada yang tak boleh follow… dia bertukar menjadi menentang arus. Menjadi negatif memburukkan leader yang pernah memberi segala tunjuk ajar. Dia lupa akan leader yang pernah membawa beliau ke dalam bidang ni. Sudah banyak saya lihat dalam kapal-kapal agency di serata negeri.

Bagi saya mudah. Tak boleh follow, keluar. Tapi jangan la jadi macam katak pisang. Bila dah lompat… kencing! Air kencing tu terpercik ke belakang. Kalau tak mau keluar… jalan tepi-tepi pun boleh… hehehe…

Minta maaf. Saya sebagai leader, jugak mahukan semua team saya berjaya. Jom kita bersatu walau kita dalam business apa pun.

Follow the LEADER… be a good follower!