My Life

Nur Durrani Fariha

Hari ini, 11hb May 2011… atau nak bagi sedap sebut macam ni… 11.5.11… tercipta satu lagi sejarah dalam keluarga saya… kehadiran orang baru! Sungguh mengagumkan… ini foto yang saya snap through BlackBerry pagi tadi…


Dilahirkan dengan berat 3.1 kg… tepat pukul 4:25 pagi… sebelum subuh lagi. Tak sempat nak masuk tengok masa nurse panggil tu sebab saya terpaksa balik rumah dulu. Lagi pun time tu tengah manyau-manyau… pening-pening lalat sebab tak tidoq. Maklumlah wife start sakit masa pukul 1:30 lagi… kalut-kalut terus pi hospital…

Alhamdulillah wife saya kali ni tak ada masalah sangat… sakit..sakit… pi hospital terus bersalin… rasa macam cepat pulak… ingat nak masuk tengok lah… (chewahh macam la berani)…

Ok… mari kita tengok videonya…


Apa-apa pun semuanya dah selamat…

Nama yang kami pilih ialah Nur Durrani Fariha… sebenarnya bukan ‘kami’… tapi wife saya yang pilih sebab saya serahkan semua pada dia… apa-apa pun saya setuju saja…

Lengkaplah ‘Karang Bunga’ keluarga saya… syukur alhamdulillah dengan apa yang Allah kurniakan ni… I Love My Family…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *