My Bizz

Majoriti Miliki Insurans Hayat Di Bawah Perlindungan Sebenar

Dari tajuk kat atas tu apa yang kita faham? Apakah yang dimaksudkan dengan ‘di bawah perlindungan sebenar’?
Ok… mari baca artikel kat bawah ni…
Ramzi Toubassy

KUALA LUMPUR : Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. 

“Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka,” katanya. 

“Apabila sesuatu yang tidak ingini berlaku kepada mereka, wang untuk keluarga mereka mungkin hanya dapat bertahan selama satu atau dua tahun,” katanya. 

Jumlah itu, katanya, jauh daripada peraturan industri insurans hayat yang menyatakan seorang individu yang juga pencari nafkah, dicadangkan mempunyai perlindungan insurans hayat bersamaan 10 kali pendapatan tahunannya. 

Dengan jumlah perlindungan diinsuranskan lebih tinggi, sekurang-kurangnya dapat menjamin kehidupan keluarga selama 10 tahun akan datang, katanya. 

Walaupun nisbah yang tinggi penduduk di bawah perlindungan sebenar insurans di negara ini, Toubassy kekal optimis bahawa Malaysia boleh mencapai sasaran mempunyai 75 peratus daripada penduduknya diinsuranskan pada tahun 2020. 

Industri insurans hayat Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus dalam perlindungan insurans kepada RM1.24 trilion pada 2015 berbanding RM1.17 trilion pada 2014 dan industri ini dijangka mencapai pertumbuhan satu angka yang sederhana tahun ini. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian 
Faham tak…
Ok… tak apa… mari saya terangkan serba sikit. Simple saja. Contoh dia macam ni… katakan gaji seorang individu tu RM5,000 sebulan. Maknanya jumlah gaji setahun dia ialah RM60,000. Jadi berapakah perlindungan yang dia perlukan. 
Di sinilah kebanyakan ejen insurans akan guna macam-macam istilah. Income Protection… Income Replacement… dan macam-macam lagi. Walau apa pun istilah yang digunakan, tujuannya hanya satu. Iaitu nak gantikan gaji seseorang tu bila berlakunya musibah sama ada kena penyakit kritikal atau meninggal.
Jadi yang manakah keutamaan anda? 
  • Masa anda hilang upaya tapi belum meninggal.
  • Setelah anda meninggal.

Berapakah perlindungan yang anda perlukan? Maksudnya perlindungan yang sesuai. Yang sesuai dengan gaji tahunan anda. Inilah perlindungan yang sebenar.
Ok… kalau kita baca artikel kat atas tu dia cakap ramai orang kita ambil insurans di bawah perlindungan sebenar. Yang hanya boleh bertahan sehingga dua tahun saja.
Apakah maksudnya? Berdasarkan rekod LIAM jumlah orang kita yang ada perlindungan, ramai yang tak cukup. Tak cukup tu maksudnya pampasan tu cuma boleh bertahan selama 2 tahun saja selepas kematian. Selepas kematian, duit pampasan yang waris terima cuma dapat bertahan selama 2 tahun saja. Itulah maksudnya.
Ok… berapa tahun pula yang sesuai? Berapakah jumlah pampasan yang sesuai? Kalau kita tanya kebanyakan orang, jawapan dia tak akan sama. Tapi kalau kita ambil kira segala aspek termasuk tempoh untuk mendapatkan semula jumlah gaji yang hilang tadi, sudah tentu akan ambil masa yang lama.
Ada juga waris atau anak-anak yang hidup depa berpusing terus 360°. Tak sama terus dari hidup sebelum ada ibu atau bapa. Sama juga dengan isteri yang kehilangan suami dalam sekelip mata.
Jadi… kebanyakan ejen-ejen insurans atau ada yang menggelarkan diri depa sebagai Perancang Kewangan… atau lebih extreme lagi Pakar Kewangan… akan bagi pendapat sekurang-kurangnya LIMA tahun. Apa yang LIMA tahun?
Jumlah pampasan yang waris terima haruslah sekurang-kurangnya 5 tahun gaji orang yang hilang upaya atau meninggal tadi. Kalau kita kira gaji RM5,000 di atas tadi… selama 5 tahun… tentu jumlah yang diperlukan ialah RM300,000. 
Cukup dak RM300K? Kalau kita nak kira sekali dengan kenaikan kos sara hidup, kita kena tambah lagi. Kurang-kurang RM500,000 !!! Inilah jumlah perlindungan yang sebenar. Itu pun masih dikira jumlah yang masih kecil.
Simple saja. Kita nak jumlah perlindungan tu besar, berbaloi dengan pendapatan tahunan kita. Cukup untuk menampung selama sekurang-kurangnya 5 tahun kalau kita tak bekerja atau meninggal. Tapi ramai yang tak sedar. Depa ingat asal ada insurans… cukup. Asal bunyi insurans… dah! 
Itulah situasi sebenar yang berlaku sekarang. 
Jom ubah… jangan biar famili kita merempat lepas kita mati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *