My Bizz

Konsep Takaful


Takaful merupakan salah satu konsep insuran yang berdasarkan muamalat dalam Islam, yang berlandaskan hukum syariah. Konsep ini sebenarnya telah pun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Pengertian Takaful

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin menjamin’

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Ciri-ciri Takaful

  • Sistem Islam
  • Sumbangan At-Tabarru’at
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur maisir (Judi)
  • Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
  • Al-mudharabah (Perkonsian untung)

Sistem Islam

Berbalik kepada konsep takaful iaitu ‘Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik” merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud “Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan” merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)

Sumbangan At-Tabarru’at

Tabarru’at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas.

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru’at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru’at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru’at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan ;

  • Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
  • Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
  • Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
  • Harta bangunan.
  • Pembiayaan perumahan.
  • Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-
“Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan”

Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:

  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah “Ketidakpastian”. Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :

“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

  • Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
  • Tidak diketahui kadar bayarannya
  • Tidak diketahui bila masanya

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

  • Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
  • Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
  • Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat
  • Contoh = Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat
Surat Kelulusan dari Bank Negara Malaysia
Berikut adalah surat kelulusan dari BNM untuk Prudential BSN Takaful Berhad menjalankan Perniagaan Takaful. Klik kat gambar untuk size yang lebih besar.

Panel Syariah PruBSN

YBhg Datuk Haji Nakhaie Haji Ahmad
SC Chairman

Datuk Haji Mohd Nakhaie is currently the President of the Islamic Dakwah Foundation of Malaysia. A graduate of Al-Azhar University in theology and philosophy, he also holds a Masters degree in Islamic history and civilization from Cairo University.

Experienced in youth and students’ movements for more than 18 years, Datuk Nakhaie also has more than 20 years experience in politics, specializing in political information. He also has been actively involved in many intellectual and political seminars, conferences and talks in Malaysia and abroad since 1965 as a student leader, political leader and social activist.

Datuk Nakhaie has written many articles on various areas of Islamic revealed knowledge in magazines and newspapers such as Islamic ethics, Islamic history and civilization, Islamic traditions in da’wah, ibadah and many more.

YBhg Prof Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain


Before being a Rector of the Islvamic College of Darul Ridzuan, Datuk Yusoff was a mufti of Federal Territory for two years. He was also a lecturer at the National University of Malaysia (UKM) for almost 30 years. Previously, he was the Head for the Department of Islamic theology and philosophy as well as Dean for the faculty of Islamic studies.

Dr. Fuad Sawari


A lecturer at the International Islamic University Malaysia (IIUM) since 1996, Dr. Mohd Fuad is currently also the Chairman of the Shariah Committee for Bank Simpanan Nasional.

After completing his first degree at the Islamic Academy of University Malaya’s Syariah Faculty in 1991, he obtained his second degree from University of Amman, Jordan in 1995. In 2004, he acquired his Ph.D in Fiqh and Usul Fiqh from IIUM, where he wrote a thesis on E-Commerce between Islamic and Malaysian Law.

He has also written several books in Islamic jurisprudence such as Introduction to Study in Fiqh and many more

Ustaz Burhanuddin Lukman


His working experience began as Assistant Lecturer in Kulliyyah of Laws at IIUM in 1993 after graduating from the Islamic University of Madinah. Ustaz Burhan then pursued his study at University Al al-Bayt, Jordan until he secured his second degree in 2000. He also holds a Shariah Lawyer Certificate from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) in 2002.

Ustaz Burhan is currently a lecturer in Kulliyyah of Laws at IIUM since 2000 while being a member of the Shariah Committee at Al-Rajhi Bank Malaysia. Besides his mother tongue, he also speaks fluent Arabic, English and Mandarin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *