My Bizz

Ko-Takaful dan Deduktibel

Ko Takaful
Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN pelanggan akan menanggung sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.

Min. RM300   |   10%   |   RM1,000 Max.
Tahukah anda bahawa SEMUA syarikat insurans/takaful di Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza. Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.

Dan tahukah anda… bahawa Prudential lah syarikat insurans di Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang BETUL-BETUL tidak mempunyai ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku penyalahgunaan medical card itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah pilihan syarat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk para pelanggan yang memohon plan Prudential diawal pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak perlu membayar ko-insurans langsung!

Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful… pelanggan itu boleh dengan sesuka hati pergi menginap di hospital… lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenal rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel!

Okay… mari kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke atas pelanggan…
Kes 1 : Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM 4,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful = RM400.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM 4000.00
Ko-Takaful = RM 400.00
Hospital Benefit = RM 1,000.00

Nota : Untuk kes 1 di atas Si A tidak rugi malah masih untung lebihan yang ditolak dari Hospital Benefit iaitu sebanyak RM600.00

Kes 2 : Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan RM 20,000. Kalau ikut 10% dari RM 20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Si B hanya perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM 1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.


Kos Hospital = RM 20,000.00
Ko-Takaful = RM 1,000.00
Hospital Benefit = RM 2,000.00
Nota : Untuk kes 2 juga Si B masih belum rugi, masih ada RM1,000.00 dari lebihan yang ditolak Hospital Benefit.

Bagaimanapun, jika client tersebut masuk wad dengan kos kurang dari RM3,000… jumlah minimum yang perlu dibayar adalah RM300.


Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi kewangan anda dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.

Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital… biar kami yang tanggung kosnya!!!

Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan, Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement ( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim. Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda…

Deduktibel
Ini ialah manfaat tambahan yang terbaru yang disediakan bersama medical card Takaful Health 2. Pelanggan mempunyai pilihan sama ada nak pilih Ko-Takaful atau Deduktibel.
Deduktibel mempunyai dua nilai pilihan.

  1. RM3,000
  2. RM10,000

Konsep deduktibel ni sama macam ko-takaful juga. Contohnya, kalau client masuk wad dengan kos RM5,000… jadi kos RM3,000 tu client perlu bayar. Maknanya Prudential akan bayar untuk kos RM2,000 sahaja. Kalau kos hospital sehingga RM10,000, RM20,000 atau sebagainya… client perlu membayar untuk kos RM3,000 yang pertama tu… yang selebihnya tu Prudential yang akan bayar.

Jadi, client ada DUA pilihan… sama ada nak pilih RM3,000 atau RM10,000… kalau client pilih RM10,000… maknanya untuk kos RM10,000 yang pertama tu client perlu bayar. Contohnya, kalau kos hospital RM20,000… client perlu bayar untuk nilai RM10,000 yang pertama tu.


Itu antara perbezaan antara Ko-Takaful dan Deduktibel. Perbezaan yang PALING ketara adalah dari segi caruman. Sekiranya client memilih manfaat Deduktibel dari plan Medical Cardnya… harganya sangat MURAH… kalau client pilih RM10,000 untuk plan Deduktibel… harganya lagi lah MURAH…

Kenapa Prudential ada plan yang macam ni? Ini untuk memberi lebih pilihan kepada client. Client yang macam mana pulak?

Plan Deduktibel memberi tumpuan pada client yang dah ada coverage dari company tempat kerjanya. Sebagai contoh, katakan seorang client tu kerja dengan satu company, company dia dah bagi coverage untuk kos-kos hospital sebanyak RM7,000… jadi sesuailah dia apply plan ni.

Ini maknanya kalau dia apply plan Deduktibel RM3,000… dia masuk wad dengan kos RM10,000… so jumlah tu dia boleh guna coverage yang company provide untuk bayar kos RM3,000 tu…

Kalau nak kurangkan lagi kos tu… apply manfaat Hospital Benefit… boleh pilih sehingga RM400 sehari… anda akan dapat duit poket tambahan lagi…


Jadi bagaimana pula bila client tu dah retired masa umur 55 tahun nanti?

Jangan risau, anda boleh attached bersama TH Retirement yang ada dalam plan Takaful Health2. Bila anda apply TH Retirement ni… semasa client tu retired masa umur 55 tahun… otomatik plan dia akan bertukar kepada Ko-Takaful.

Maknanya, kos yang kena bayar nanti akan jadi minimum RM300 atau 10% atau maksimum RM1,000 sama seperti penerangan ko-takaful di atas.


Sekarang, dengan medical card Takaful Health 2, anda mempunyai lebih pilihan!

……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *