My Bizz

Kisah Telemarketing dan Insurans

Sharing Is Caring :
Saya nak share sikit tentang kisah kad kredit anda… saya rasa sekarang ramai yang ada kad kredit… mari baca detail kisahnya kat Blog Mazidul
Apa yang saya nak share ialah pasal beli insurans atau takaful melalui telefon menggunakan kad kredit… ramai rasanya yang dah terkena macam dalam kisah ni… anda bacalah sendiri cerita sebenar dari bekas telemarketer tersebut… sama ada tipu atau tidak itu terpulang pada anda…
Kerja-kerja telemarketer yang macam inilah yang buat lebih ramai orang akan marah dan tak suka dengan insurans dan takaful… sebab apa?… bila nak claim susah… memanglah susah… sapa yang nak uruskan… nak hubungi telemarketer tu balik dah entah ke mana… depa cuma kerja makan gaji… bukan ejen bertauliah…
Nasihat saya kalau nak beli insurans melalui telefon… ajak orang yang call tu jumpa terus… minta dia explain depan-depan… minta dia explain pasal product yang lebih detail… bila dah dapat polisi call syarikat insurans sama ada polisi tu betul atau tidak… dan minta dia tunjuk kad tauliah dia… atau authorise card… atau kalau nak lagi confident call syarikat insurans tanya orang yang dia sedang berurusan tu adakah ejen bertauliah syarikat tersebut atau tidak…
Yang kedua… kalaulah ada mana-mana telemarketer yang baca artikel saya ni… yang bekerja macam dalam kisah tu… apa kata anda dapatkan lesen insurans… dan jual sendiri… untung sendiri… kaya sendiri… KELAYAKAN dan KEUPAYAAN dah ada… gunalah untuk diri sendiri… jangan biar orang lain menggunakan KELEBIHAN anda…
Atau anda boleh hubungi saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *