My Bizz

Kisah Sedih Sebagai Ejen Takaful

Salam semua… jom saya nak share sesuatu yang sangat menyentuh hati saya sejak jadi ejen insurans… kelmarin saya dapat satu call dari client (bekas client) saya yang lama…
Saya terkedu bila dapat call dari isteri bekas client saya ni… bukan apa saya takut dia silap nombor… tapi rupa-rupanya betul tak silap…
Mari kita dengar apa kata dia…

Subhanallahhh… saya sangat sedih mendapat berita ni…

Polisi suami beliau memang dah lama luput (lapsed)… luput bukan sebab tak mau bayar… tapi sebab tak mampu nak bayar serta beberapa masalah lain… sebelum luput beliau telah disahkan mengidap sakit jantung… sebagai ejen apalah lagi yang saya mampu tolong…

Alfatihah untuk Abang Fuad… Allah lebih menyayangi beliau… Alhamdulillah saya seorang Muslim… masih mampu untuk sedekahkan Alfatihah serta doa semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Kepada anda di luar sana… yang ada polisi perlindungan… jagalah elok-elok… janganlah biarkan polisi anda MATI dulu sebelum anda…

Yang belum ada tu… apply lah cepat-cepat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *