My Bizz

Kenapa Claim Insurans Atau Takaful Anda Reject…

Okay… saya nak share sikit… ada client yang mana claim depa kena reject… atau maksudnya tak boleh nak claim… atau dalam bahasa Insurans dan Takaful bermaksud ‘Decline’… sebenaqnya ada beberapa sebab kenapa claim atau tuntutan anda ditolak atau reject…

Ada beberapa perkara utama yang boleh membuatkan claim anda ditolak @ reject… antaranya ialah…

  1. Polisi lapsed.
  2. Polisi belum cukup tempoh.
  3. Tak declare penyakit sedia ada dan pekerjaan sebenar.
  4. Penyakit tak ada dalam senarai perlindungan.
Okay… mari kita tengok satu-satu…

1. Polisi Lapsed
Ini adalah masalah utama bila sesuatu claim tu kena reject. Ada banyak sebab bagaimana polisi boleh lapsed. Sebelum tu maksud Polisi Lapsed ni ialah polisi yang dah luput tarikhnya. Maksudnya polisi yang dah tak dibayar caruman/premiumnya.

Ada beberapa sebab kenapa caruman tidak dibuat… atau pencarum GAGAL mencarum…

1. Sengaja tak mau buat potongan akaun autodebit. Ikut pengalaman saya ada juga client yang macam ni. Dia asyik nak suruh collect tiap-tiap bulan. Alasannya nak tengok muka ejen… takut ejen hilang. Tapi masalahnya bila ejen nak pegi collect… asyik pospone saja bila nak bagi duit. Ini masalah yang paling besar bagi kebanyakan ejen. Bila dah banyak bulan asyik pospone bayaran… sekali nak bayar dah jadi banyak…  jadinya sudah jadi beban pulak.

Ada juga sebab-sebab lain client tak mau buat potongan autodebit ni… macam-macamlah sebabnya…

Ada banyak caranya kalau nak buat potongan caruman secara auto ni… credit card… debit card… potongan angkasa (goverment)… atau bayar pakai cek… bayar setahun terus… tak lah risau pasal caruman gagal dibayar…

2. Client gagal mendapatkan nasihat yang betul dari ejen semasa mula-mula permohonan insurans. Ini juga merupakan satu masalah untuk jangka panjang dalam sesuatu polisi. Contohnya, client mahukan jumlah caruman sekian-sekian sebulan… tapi ejen bagi nasihat sekian-sekian caruman yang boleh dibuat. Jadi bila dah lama bayar… sampai satu masa client tak mampu nak bayar… jadi bayaran untuk caruman polisi tersebut terabai… terabai sehingga lapsed.

Ini biasa berlaku. Maknanya ejen gagal buat Fact Finding ke atas prospect masa beliau buat permohonan untuk sesuatu polisi.

Kepada semua pencarum PruBSN di luar sana, pastikan sijil Takaful anda ‘Inforced’… ini bermakna sijil anda masih hidup… sijil hidup bermakna anda boleh claim kalau nak masuk wad…

2. Polisi belum cukup tempoh.
Perkara ni selalu berlaku bila client gagal mendapatkan penerangan yang betul dari ejen. Kadang-kadang semasa ejen buat presentation atau penerangan product… client tu tak dengar… tak dengar ni ada sebab-sebabnya. Mungkin masa penerangan tu client tu tak ada masa… jadi bila ejen buat penerangan client tu antara dengar tak dengar saja. Atau mungkin juga dengar… tapi lepas tu lupa.

Jadi… client perlu jelas tentang perkara ni. Sebab kalau polisi atau medical card belum cukup tempohnya… sakit nak masuk wad… sudah pasti kena reject.

Untuk mengelakkan perkara ni berlaku… client perlu mendengar dengan teliti setiap penerangan ejen anda. Atau kalau terlupa… selalu-selalulah hubungi ejen anda. Sebabnya penerangan seseorang ejen dan pemahaman seseorang client adalah TIDAK sama.

Tempoh penggunaan medical card dari Prudential anda boleh klik di SINI untuk menelitinya.

3. Tak declare untuk penyakit sedia ada dan pekerjaan sebenar.
Ini juga selalu berlaku. Bila masanya berlaku perkara ni? Masa buat permohonan sesuatu polisi tu. Masa nak sign up polisi.

Ejen selalu akan tanya ‘Encik dah pernah ada masuk wad tak sebelum ni?’ …’Encik ada mengidap apa-apa penyakit tak sekarang atau sebelum ni’. Ejen akan tanya tentang sejarah kesihatan seseorang prospect sebelum dia sign up sesuatu polisi.

Kalaulah semua tu tak declare… bila sampai masa nak claim nanti… company dah detect client tu dah pernah ada sejarah penyakit… pasti claim tu akan kena reject… sure!

Tak declare ni ada dua sebab selalunya…
SATU : Prospect sengaja nak sembunyikan sejarah penyakit untuk memudahkan permohonan. (Kalau betul-betul yang mana prospect tu tak tahu tak apa)
DUA : Ejen sendiri yang nak sembunyikan… tak nak declare sebab nak bagi mudah approved permohonan untuk polisi client tersebut.

Tak declare tak dak masalah… tapi masa nak claim nanti yang akan jadi masalah. Harap client atau bakal client clear pasal benda ni.

Pekerjaan prospect yang sebenar juga perlu declare. Sebab kalau tak declare… masa nak claim nanti juga akan jadi masalah. Selalunya nak claim untuk kes kemalangan. Contohnya client tu bagi tau dia kerja dalam pejabat… tapi sebenarnya dia kerja sebagai mekanik. Tiba-tiba berlaku kemalangan client tu tersepit bawah kereta. Company akan buat siasatan dengan teliti. Kalau betul dia buat kerja-kerja mekanik… memang tak cover lah.

Samalah juga dengan status merokok client. Kalau tak declare yang client tu smoking… tiba-tiba masuk wad… doktor scan dada… cek-cek ada symptom-symptom disebabkan merokok… memang claim tu akan reject.

Jadi… perkara ni juga client perlu jelas.

4. Penyakit tak ada dalam senarai perlindungan.
Kes ni jarang berlaku… tapi kebanyakan client tak faham… dia ingat semua cover. Penyakit yang tak ada dalam senarai ni selalunya tak banyak… sebagai contoh bersunat… atau bersalin. Penyakit yang begini memang tak cover lah. Penyakit sedia ada sejak lahir juga prospect perlu jelas bahawa ianya tidak ada dalam skop perlindungan.

Rawatan untuk pembedahan kosmetik juga tak cover, kecuali akibat kemalangan.

Untuk penerangan detail tentang apa yang tak cover… anda boleh rujuk dalam buku polisi… dalam buku polisi anda ada diterangkan secara detail. Minta ejen anda terangkan satu persatu.

Setiap sijil atau polisi mempunyai Syarat Pengecualian masing-masing. Pastikan anda memahaminya dengan jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *