My Bizz

Jom Subscribe Channel YouTube Saya

Salam semua. Lama tak menulis di blog saya ni.

Untuk pengetahuan semua saya telah memulakan satu channel YouTube yang baru. Baru saja create pada 16hb Februari 2019 hari tu. Sebenarnya saya dah lama ada channel YouTube tapi content dia caca marba sikit. Jadi saya nak specified sikit, saya buat yang baru.

Nama channel saya ni ialah MunirVlogr. Kawan-kawan boleh la melawat kat sana. Fokus channel tu ialah saya nak banyakkan berdakwah. Maklumlah umur dah makin meningkat ni, ingat itu saja la cara nak tanam #SahamAkhirat.

Dalam masa yang sama, saya pun teringin juga nak buat duit kat YouTube ni. Mungkin ramai yang dah tau macam mana cara duit datang dari YouTube ni rasanya. Tentulah dari iklan. Iklan kat mana? Yang kita dok tengok YouTube tu bila ada iklan tu. Haaa… iklan tu laa yang pemilik channel YouTube akan dapat komisen dia. Saya kira macam komisen lah senang. Ada la persen-persen dia.

Tapi nak bagi dapat komisen ni dia ada la syarat-syarat dia. Syarat dia, channel kita kena lah ada video. Video-video ni eloklah kita buat atau rekod sendiri.

Syarat dia yang utama ada DUA saja.
1. Jumlah tontonan di channel kita mestilah melebihi 4,000 jam. Maksudnya jumlah jam tontonan secara terkumpul adalah 4,000 jam. 4,000 jam ni bersamaan dengan 240,000 minit. Jadi kita kena pastikan orang telah menonton video-video kita selama 4,000 jam secara keseluruhan dalam tempoh 12 bulan.
2. Jumlah subscriber mestilah telah mencapai 1,000 orang. Maknanya 1,000 orang yang telah melanggan atau senang nak bagi faham telah subscribe channel kita.

Payah dak rasa? Semua ni bergantung pada beberapa sebab. Konten video-video kita. Apa konsep channel kita. Menarik ka tidak. Dia ada pelbagai sebab untuk channel kita jadi popular.

Di bawah ni contoh channel saya.

Channel saya telah mencapai DUA syarat utama tu pada 18hb September 2019. Bila channel kita dah capai 4,000 jam tontonan dan 1,000 subscriber, baru pihak YouTube akan review channel kita.

Bila pihak YouTube review channel kita, ia bergantung pula pada beberapa sebab untuk nak approved. Anda boleh baca syarat-syarat tu di F.A.Q. website YouTube. Antara syarat-syaratnya ialah isu copyright. Jangan video-video kita yang ada konten yang ada copyright. Copyright yang paling ketat ialah muzik. jadi pastikan muzik latar video kita bebas dari copyright. Kalau ada payah la nak approved channel kita. Silap-silap kena banned terus!

Berapa lama ambil masa nak approved channel kita. Tak tentu, ada yang sebulan, dua bulan. Saya pernah baca komen-komen di group YouTube ada yang sampai 6 bulan. Semua ni bergantung pada konten-konten kita.

Ok bila channel kita dah approved, kita akan dapat email dari YouTube. Kita boleh tengok macam gambar yang saya screenshot di bawah.

Channel saya YouTube approved pada awal pagi 21hb Sept 2019. Alhamdulillah. Selesai Solat Tahhjud, time baca Quran surah Al Waqiah kat phone ada notification email masuk. Berdebar juga. Selesai baca Quran buka email. Allahuakbar. Seronoknya. Saya baca banyak komen-komen yang mana YouTube nak approved ni payah sikit. Ramai kata lambat. Tapi saya punya cuma lebih kurang 4 hari saja.

Bila dah approved macam ni, bermakna channel kita sudah lepas dari semua syarat dan selamat. Ini bermakna, kita sudah boleh mula buat duit. Dalam English dia sebut MONETIZATION.  Tengok lah konten channel kita macam mana. Kalau ramai orang yang view video-video kita banyaklah kita dapat.

Berapa kita dapat? Susah nak tetapkan. Dia tak sama bagi tiap-tiap channel. Tak sama juga bagi setiap negara. Tak pa, jangan fikir yang tu. Terus saja buat video dengan konten-konten yang menarik. Lagi banyak video kat channel kita lagi banyak orang menonton. Video pula kenalah selalu kita upload. Nak bagi cantik seminggu kita ada satu video baru. Buat tiap-tiap minggu. Bagi konsisten.

Iklan akan mula keluar kat video-video kita. Contoh macam gambar kat bawah ni.

Iklan yang keluar tu ada beberapa cara. Kita boleh ubah setting macam mana kita nak. Tu iklan yang pertama keluar kat video saya. Excited betul… hahaha…

Jadi ringkasan perjalanan Channel YouTube saya…
Created : 16hb Februari 2019
Capai Syarat : 18hb September 2019
Approved : 21hb September 2019

Ok tu sajalah nak cerita. Jom subscribe channel saya di MunirVlogr.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *