My Bizz

Insurans dan Takaful adalah Perniagaan


Insurans Adalah Perniagaan!

Secara ringkas dan logiknya, apabila seseorang itu nak memulakan sesuatu perniagaan, beliau mestilah memastikan apakah tujuan perniagaan tersebut. Sesuatu perniagaan tersebut mestilah memenuhi beberapa keperluan utama orang ramai. Untuk ringkasan BOP atau Business Opportunity Presentation saya letakkan 6 perkara utama atau sebagai asas untuk pertimbangan anda memulakan perniagaan dalam bidang insurans. Perkara-perkara tersebut adalah :-

1. Pasaran

Setiap perniagaan mestilah memerlukan pasaran. Di mana pasaran kita? Pasaran kita adalah terbuka kepada semua. Dari bayi berumur 15 hari hinggalah orang dewasa 59 tahun adalah pasaran kita! Perniagaan apakah yang mempunyai pasaran seluas ini.

Pasaran kita sentiasa luas. Anda boleh buat research sendiri. Berapakah populasi penduduk Malaysia. Berapakah kadar kelahiran setiap hari. Setiap bulan ada saja polisi yang laps.

Pemegang polisi yang laps adalah pasaran kita juga. Berapa ramaikah penduduk Malaysia yang mempunyai polisi insurans atau takaful.

2. Produk

Produk yang paling komprehensif. Buatlah perbandingan di mana saja dan dari mana-mana produk yang terdapat di pasaran. Produk dari Prudential adalah yang paling menyeluruh skop perlindungannya. Prudential telah sekian lama mempunyai nama yang cemerlang di dalam

Perlindungan Insurans. Tanyalah di mana-mana kaunter hospital bahagian tuntutan insurans, medical card manakah yang paling memudahkan urusan.

3. Kebolehan

Siapakah yang boleh menjual insurans atau mempromosi takaful? Adakah anda boleh? Memasarkan produk insurans atau takaful adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kalau anda seorang yang peramah, inilah bidang anda. Anda hanya perlu boleh bercakap.

Atau adakah anda boleh menggunakan komputer? Kalau anda tidak boleh menggunakan komputer mungkin orang akan kata anda buta IT. Zaman sekarang penggunaan komputer adalah satu keperluan. Untuk memasarkan produk insurans dan takaful anda perlu boleh membuat quotation.

4. Modal

Semua perniagaan memerlukan modal. Pada pengetahuan anda berapakah kos modal untuk seseorang itu memulakan sesuatu perniagaan. Pernahkah anda dengar orang mengeluarkan modal beribu-ribu untuk memulakankan sesuatu perniagaan.

Tahukah anda perniagaan insurans atau takaful hanya memerlukan modal yang paling minimum. Itu pun hanya untuk kos ambil exam. Kos-kos lain tu hanya untuk anda boleh bergerak. Pernah ada orang memulakan perniagaan insurans atau takaful hanya dengan berjalan dari rumah ke rumah dan sekarang sudah pun berjaya. Tetapi pada masa sekarang sekurang-kurangnya ada motosikal pun sudah boleh memulakan perniagaan ini.

5. Keuntungan

Inilah bahagian yang paling menyeronokkan! Perniagaan insurans atau takaful adalah perniagaan yang paling menguntungkan! Pendapatan anda boleh menjadi Tanpa Had!

Percayalah, untuk mendapat kebebasan kewangan inilah perniagaan yang patut anda ceburi. Pendapatan anda boleh meningkat setiap bulan! Ini bermakna gaji anda naik setiap bulan. Bolehkah anda tunjukkan kerja apakah yang gaji boleh naik setiap bulan!

Kalaulah sekarang anda bekerja dengan gaji RM3,000 sebulan, dan anda mempunyai impian. Impian anda ialah untuk memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan. Berapa lama kah impian tersebut akan tercapai sekiranya anda bekerja di tempat tersebut?

6. Kepuasan

Nikmat kepuasan menceburi bidang insurans atau takaful ni ialah bila kita dapat TOLONG orang. Bila client kita masuk wad, dan menikmati kemudahan perlindungan yang kita
sediakan untuknya, itulah nikmat yang tak terhingga. Kita sudah tolong menyelamatkan client kita dari masalah kewangan. Anggaplah ini sebahagian dari amal jariah kita untuk masyarakat.


……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *