My Bizz

Ejen Dan Sebuah Janji

Sejak akhir-akhir ni saya nampak sikap ejen-ejen semakin agresive… terlalu struggle dan bersemangat untuk nak dapatkan kes… macam-macam cara yang digunakan… yang paling tak tahan bila tengok ejen berjanji sesuatu dengan prospect atau client dia… terlalu tinggi menggunung nampaknya…

Jangan macam tu bang… hari ni boleh la janji macam-macam… customer ada 10… 15 orang boleh la janji macam-macam… tengoklah bila customer dah ada 700… 800 orang nanti macam mana… hang bukan superman…

Ada ejen yang saya nampak janji akan bagi service terbaik… service apa ya… kalau dalam Prudential ni nak service apa… kalau client masuk wad semua hospital yang akan uruskan direct dengan Prudential… mungkin kalau customer masuk wad dia janji akan pi melawat kot… client masuk wad saja… zuupppp!!! sampai… kalau sorang yang masuk wad tak pa la… kalau 10 orang masuk wad serentak macam mana… jangan main-main, kemungkinan ni boleh berlaku bila client kita dah ramai… kalau jadi macam tu masa bila kita nak pi melawat semua sekali… lebih-lebih lagi kalau sorang masuk wad kat Aloq Staq… sorang lagi masuk wad kat Johor Baru… kena pulak client yang demand nak suruh pi melawat dia jugak… mampoih!

Jadi… pengajaran dia… jangan dok janji macam-macam secara depan-depan dengan client kita… ada yang saya tengok bukan main maneh janji kat Facebook… semua orang baca… macamlah dia sorang saja ejen terbaik… bukan apa… dunia ni bulat… sekali dia pusing kita dok bawah… macam mana?

Kalau nak janji pun jangan meninggi diri… biaq kita rendah diri tak pa… kalau jadi apa-apa pun client tak la marah sangat… selalulah sebut InsyaAllah… tak salah pun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *