My Life

Domino – “Small Things Big Impact”

Kadang-kadang apa yang kita lakukan tu cuma kecil saja kita rasa, tapi ia memberi kesan yang besar bagi orang lain. Ada macam-macam contoh kita boleh tengok kat luar sana.

Sedekah… ada kala kita hulur cuma dengan nilai seringgit saja… tapi ia sangat bermakna bagi yang benar-benar yang memerlukan. Seringgit di dalam tabung masjid itu lebih baik dari seratus ringgit di dalam poket kita.


Selalunya apa yang kita lakukan tu, kita tak perasan pun yang benda tu memberi kesan kepada orang lain. Kadang-kadang bukan kecil kesannya.

Tindakan-tindakan kita ada yang memberi kesan berpanjangan kat atas hidup orang lain. Jadi apa yang kita nak lakukan biarlah memberikan kesan yang baik. Kesan yang positif. Pahala pun kita dapat.

Janganlah kita buat sesuatu yang memberi kesan buruk kepada orang lain. Kesan yang negatif. Dosalah yang kita dapat.

Jadi, berbuat baiklah selalu. Tunjukkan contoh-contoh yang terbaik kepada orang lain.

Video domino ni adalah contoh mata kasar kita apa yang dikatakan “Small Things Big Impact”. 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *