Jitra Time Lapse Dari 1984 hingga 2016

Salam semua… mari kita lihat google maps time lapse… ni kawasan Jitra… kampung saya… kenangan betul laa…   Macam mana nak tengok… tekan button play tu… boleh select nak Fast Motion atau Medium Motion… anda boleh search lokasi kawasan anda… dia akan tunjuk time line dari tahun 1984 hingga 2016… sayangnya google hanya bagi dari jarak 1 km saja… kalau boleh tengok lagi dekat tentu lagi nostalgia… boleh tengok rumah kampung dulu… Dari jauh pun dah nampak banyak perubahan… tahun 1984… lama… sangat lama… saya Form 1… hehehe… Nota : Google Time Lapse hanya boleh dilayarai dari versi desktop saja…

Continue reading

Doa Nabi Zakaria

Sharing Is Caring : Kisah Nabi Zakaria tak ada anak sehingga umur beliau tua… sehinggalah dia berdoa kepada Allah… walaupun dia tau isteri dia mandul… inilah doa Nabi Zakaria untuk mendapat anak… dari doa tersebut Allah kurniakan beliau Nabi Yahya… Doa boleh dibaca dari “Rabbi habli…” atau “Wahai TuahanKu!…” Semoga kita beroleh kebaikan dari doa ini… terutama kepada rakan-rakan yang selalu berusaha untuk mendapatkan zuriat… Surah : Aal – i – Imran : 38

Continue reading

Pentingnya Kerjasama

Saya sangat suka dengan video ni… ini antara contoh betapa pentingnya kerjasama dalam kumpulan. Mari kita tonton dengan teliti. Nampakkan… lihat perbezaan antara dua kumpulan tu… kumpulan baju merah mempunyai segala kekuatan dari segi fizikal. Baju kuning pulak nampak sangat lemah. Tapi satu kelemahan baju merah, mereka tak boleh bersatu. Bertelagah sesama sendiri. Tidak mendengar arahan kapten. Nampak ada orang lain pun nak jadi kapten jugak dalam satu kapal. Bila ada dua kapten memang kapal tak akan boleh bergerak. Baju kuning pulak, mereka patuh arahan. Tidak ada pertelagahan langsung. Mereka mendayung sambil pejam mata. Mendayung dan terus mendayung sampai lepas garisan Tamat… malah sampai lajak ke mana entah! Lihatlah… betapa pentingnya kita bersatu dan patuh arahan kapten. Bolehkah kita relate kan dengan business kita? Ya!… sangat related. Saya relate kan dengan business takaful yang saya buat sekarang. Bagi saya tidak ada Leader yang inginkan business partner atau dengan kata lain ejen-ejen dia susah. Sudah tentu dia nak semua berjaya. Mungkin kadang-kadang ada leader yang menggariskan RULES dalam agency yang nampak terlalu ketat. Apa yang dibuat mungkin berdasarkan pengalaman selama beliau dalam business. Dan mungkin dia mahukan sesuatu yang lebih baik… atau mungkin untuk sesuatu yang TERBAIK… maka diadakan satu RULES yang mewajibkan semua ikut. Mungkin pula ada...

Continue reading

Domino – “Small Things Big Impact”

Kadang-kadang apa yang kita lakukan tu cuma kecil saja kita rasa, tapi ia memberi kesan yang besar bagi orang lain. Ada macam-macam contoh kita boleh tengok kat luar sana.   Sedekah... ada kala kita hulur cuma dengan nilai seringgit saja... tapi ia sangat bermakna bagi yang benar-benar yang memerlukan. Seringgit di dalam tabung masjid itu lebih baik dari seratus ringgit di dalam poket kita.     Selalunya apa yang kita lakukan tu, kita tak perasan pun yang benda tu memberi kesan kepada orang lain. Kadang-kadang bukan kecil kesannya.   Tindakan-tindakan kita ada yang memberi kesan berpanjangan kat atas hidup orang lain. Jadi apa yang kita nak lakukan biarlah memberikan kesan yang baik. Kesan yang positif. Pahala pun kita dapat.   Janganlah kita buat sesuatu yang memberi kesan buruk kepada orang lain. Kesan yang negatif. Dosalah yang kita dapat.   Jadi, berbuat baiklah selalu. Tunjukkan contoh-contoh yang terbaik kepada orang lain.   Video domino ni adalah contoh mata kasar kita apa yang dikatakan "Small Things Big Impact".         

Continue reading

Senarai Rumah Anak Yatim

Assalammualaikum... Sesungguhnya apabila meninggal dunia seseorang anak Adam itu, maka terputuslah amalnya kecuali TIGA perkara... 1. Ilmu yang baik yang telah diajar dan ditinggalkan semasa hayatnya. 2. Doa seorang anak yang solleh. 3. Amal jariah yang dilakukan semasa hidupnya. Ada orang yang tidak ada ilmu untuk ditinggalkan supaya amalnya berterusan mendapat pahala selepas mati. Ada orang yang tidak mempunyai anak untuk berdoa kepadanya selepas mati. Apatah lagi anak yang soleh. Tetapi kita semua mempunyai peluang untuk membuat amal jariah. Pahala amal jariah akan berterusan selagi orang yang menerimanya menggunakan sumbangan itu walaupun setelah orang yang memberinya sudah meninggal. Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah S.W.T. Posting ni saya wujudkan hanya untuk kemudahan sendiri saja. Kadang-kadang contact number boleh hilang dalam simpanan, atau sesiapa saja pun boleh guna atau rujuk sini untuk membuat sebarang sumbangan derma ikhlas. Saya lebih suka sumbangan melalui bank transfer. Ini bersesuaian dengan ungkapan 'kalau tangan kanan yang memberi. Biarlah tangan kiri pun tak tahu langsung'. Ada orang kata kalau derma terus kat pejabat anda boleh dapat resit untuk claim incometax. Itu pendapat orang, bagi saya biarlah. Itu antara saya dengan Allah. Lagi pun derma ni bukanlah seberapa sangat, kecik-kecik saja. Alhamdulillah Syukur... Marilah kita saling bantu membantu sesama insan. Tak ada banyak sikit pun memadai dari tak...

Continue reading

“Attitude Is Everything”

Dalam kehidupan kita... saya pasti kebanyakan orang yang success ada melalui perkara ni... sama ada disedari atau tidak... mungkin kena bagi orang lain yang tengok sisi kita... Mari tengok video kat bawah sini... saya percaya kebanyakannya ramai yang dah pernah tengok... tapi untuk melihat perbezaan... mari buat perbandingan...   So... siapa di antara kita yang betul-betul dah melaluinya... saya harap ada yang faham bila tengok senario yang berlaku antara dua video tersebut... bila kita terdesak, kita akan sanggup buat apa saja untuk hidup... TAPI bila kita dah selesa dengan hidup yang ada... kita jarang lagi nak ambil peluang yang datang... sekali pun peluang yang datang tu ada kat depan mata...Sedikit tentang Attitude... ada orang tanya... benarkah Attitude boleh diubah... jawapannya BOLEH diubah... boleh tak Attitude tu berubah balik dari BAGUS ke BURUK... jawapannya BOLEH juga... selagi orang yag berubah Attitude tu tidak menghadapi masalah HIDUP... bila dia menghadapi masalah biasanya secara automatik Attitude dia akan berubah kepada yang lama... kecuali orang tu mempunyai semangat yang kuat... Sebab itu lah kita kena selalu mengingatkan tentang ATTITUDE... supaya bila kita berubah dari Attitude yang buruk kepada baik, kita akan KEKAL menjadi BAIK... Saya mempunyai pengalaman yang JELAS tentang perkara ini... sama ada ke atas diri sendiri atau...

Continue reading

Alarm Di Dalam Wad Hospital

Wajarkah alarm bunyi kuat macam ni kat hospital... bukan kat luaq... ni kat dalam wad... Kisah ni berlaku semasa saya melawat mak mertua saya yang admitted kat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani seminggu sebelum raya tempoh hari... bunyi alarm @ siren dia tu sangat membingitkan telinga... kalau tengok M.O. dengan staff nurse tu pun tutup telinga dengaq bunyi alarm ni... bukan sekejap pulak tu bunyi dia... Bagi saya ia mungkin tak mengganggu pada orang yang tak sakit... tapi macam mana dengan orang yang sakit... kesian tengok depa... staff yang sihat pun sakit telinga dengaq sampai tutup telinga... tambah la orang yang sakit... kalaulah alarm ni berbunyi di setiap floor... bayangkan macam mana kalau kat ICU... Bila dah habis waktu melawat tu... kami pun beredar... sampai kat lif... lif pun semua tak boleh pakai... tak berfungsi... kita orang sihat ni tak pa la... bayangkanlah orang yang sakit... tingkat 4 nuuu nak menapak... tak kan alarm tu bunyi sebab lif rosak... tak mungkin kot... Saya rasa pihak hospital patut cari alternative lain untuk mengurangkan bunyi alarm ni... terutama di wad-wad... orang yang sakit tak sepatutnya dengaq bunyi yang boleh menambahkan lagi sakit depa... atau mungkin staff yang tertentu boleh buat pengumuman bila alarm berbunyi macam...

Continue reading

Selamat Hari Raya Aidil Fitri – 1433H

Assalammualaikum...   Anak-anak dari kiri : Munirul Haikal, Munirul Hadiff, Nur Durrani Fariha, Nur Dania Filzati dan Nur Dalilatul Filzah   Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya... aidil fitri... maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya...   Semoga kita diberi kesihatan yang baik dan peluang untuk bertemu lagi Ramadhan yang akan datang... Aminnn...

Continue reading