Doa – Pagar Rumah

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yang ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS. Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut: Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH (1x) Berselawat ke atas Nabi S.A.W. (3x) Baca Ayatul Qursi (1x) Baca ayat ke 9 Surah Yasin (1x).“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”. Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH”, “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM” Kepada Allah kita berserah. Semoga kita mendapat perlindungan Allah hendakNya.

Continue reading

Penyakit Sosial Media

The Google Effect Bila kali terakhir anda ingat nombor telefon individu yang penting pada anda? Itu permulaannya selepas kita mempunyai teknologi buku telefon dalam telefon. Simptom The Google Effect menular kerana semakin ramai manusia merasakan yang kita sudah tidak perlu mengingati sesuatu, kerana adanya Google. Otak kita kini mulai menyimpan kurang maklumat berbanding dahulu walaupun maklumat semakin mudah diperolehi. Kesannya mungkin tidak dirasai sangat ketika ini. Bagaimanapun proses pembelajaran satu masa nanti pasti berubah, apabila pelajar mula tidak mengingati apa yang mereka pelajari kerana kita sudah terbiasa dengan sistem maklumat di hujung jari.Facebook Depression Dalam satu kajian yang dilakukan University of Michigan, perasaan murung didapati meningkat sejajar dengan jumlah masa yang digunakan oleh orang muda di Amerika Syarikat. Ini berlaku kerana orang ramai hanya akan memuat naik perkara baik tentang mereka dalam Facebook – percutian, parti, buat apa dan sebagainya. Melihat gambaran tersebut mampu membuatkan kita beranggapan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti berbanding kita, sedangkan perkara itu tidak benar. Menurut kajian tersebut, andai seseorang terlalu memfokuskan dirinya terhadap apa yang dipaparkan di dalam Facebook, memang mudah untuk dia jadi murung. Nasihat penyelidik, jangan percaya apa yang anda lihat dalam Facebook.Fear of Missing Out Fear of Missing Out (FoMO) atau takut ketinggalan adalah gejala yang semakin...

Continue reading

Live Life Like Puzzle Bar

Kehidupan ni umpama puzzle… saling perlu memerlukan… Di sekeliling kita ni ada bermacam-macam orang… kaya, miskin, pelbagai kerjaya, pelbagai pemikiran, pelbagai budaya… dan macam-macam lagi… Sebenarnya semua dari kita saling memerlukan antara satu sama lain… dan wujudlah perniagaan… kaya dan miskin adalah satu masalah… perniagaan wujud apabila adanya masalah… orang kaya perlukan orang miskin untuk menderma… orang miskin perlukan orang kaya untuk menerima derma… Dan bermacam-macam kerjaya yang ada di sekeliling kita… kehidupan manusia yang normal adalah memerlukan antara satu sama lain… kecuali hidup di hutan jadi Tarzan… itu pun Tarzan perlukan binatang-binatang untuk hidup… hahahaha… Peranan kita sebagai manusia penting kepada manusia lain… hidup yang berguna ialah hidup yang sentiasa memberi… Sebab itulah wujudnya “what you give… you will get back” Jom kita jadi manusia yang berguna… yang sentiasa bermanfaat… yang saling melengkapi…

Continue reading