Kenapa Claim Insurans Atau Takaful Anda Reject…

Okay... saya nak share sikit... ada client yang mana claim depa kena reject... atau maksudnya tak boleh nak claim... atau dalam bahasa Insurans dan Takaful bermaksud 'Decline'... sebenaqnya ada beberapa sebab kenapa claim atau tuntutan anda ditolak atau reject...Ada beberapa perkara utama yang boleh membuatkan claim anda ditolak @ reject... antaranya ialah... Polisi lapsed. Polisi belum cukup tempoh. Tak declare penyakit sedia ada dan pekerjaan sebenar. Penyakit tak ada dalam senarai perlindungan. Okay... mari kita tengok satu-satu...1. Polisi Lapsed Ini adalah masalah utama bila sesuatu claim tu kena reject. Ada banyak sebab bagaimana polisi boleh lapsed. Sebelum tu maksud Polisi Lapsed ni ialah polisi yang dah luput tarikhnya. Maksudnya polisi yang dah tak dibayar caruman/premiumnya. Ada beberapa sebab kenapa caruman tidak dibuat... atau pencarum GAGAL mencarum... 1. Sengaja tak mau buat potongan akaun autodebit. Ikut pengalaman saya ada juga client yang macam ni. Dia asyik nak suruh collect tiap-tiap bulan. Alasannya nak tengok muka ejen... takut ejen hilang. Tapi masalahnya bila ejen nak pegi collect... asyik pospone saja bila nak bagi duit. Ini masalah yang paling besar bagi kebanyakan ejen. Bila dah banyak bulan asyik pospone bayaran... sekali nak bayar dah jadi banyak...  jadinya sudah jadi beban pulak. Ada juga sebab-sebab lain client tak mau...

Continue reading

Penduduk Malaysia Gemuk

Sharing Is Caring... Tahukah anda... kalau anda obesiti... anda perlu buat Medical Examination (ME) untuk nak apply medical plan dari syarikat insurans... dan kalau anda over obesiti application anda akan ditolak (reject)... dan anda kena tunggu selepas setahun kalau nak apply semula... Sumber : Utusan Malaysia Jadi kalau nak apply medical insurans anda bukan saja perlu ada duit untuk membayar... anda juga perlu sihat dan fit... tidak obesiti... Jom jaga kesihatan...

Continue reading

Nak Beli Insurans Jangan Berdolak-dalik

Lagi kisah insurans... ini antara komen terbaik untuk orang yang masih rasa diri kebal tak perlu beli insurans... tak kena tak pa... boleh cakap besaq... boleh bagi macam-macam alasan... boleh berdolak-dalik... bila dah kena macam sahabat ni... Harap sahabat kita ni tabah menghadapi dugaan... saya doakan moga anak kepada Saudara Amer ni sembuh macam biasa... Aminnn... Anda boleh baca komen tu di SINI... jom apply medical plan untuk diri anda... jangan jadi macam peminta sedekah bila perlukan duit untuk buat rawatan kos hospital... bersedia seawal yang boleh... Biar perit semasa mencarum dari perit semasa nak bayar kos hospital...

Continue reading

Risiko Beli Insurans Atau Takaful Melalui Telefon

Mari kita baca kisah cikgu ni pulak... dia beli insurans melalui telefon saja. Sebenarnya dia bukan beli tapi 'terbeli'. Sebelum tu anda boleh baca dulu kisah beli insurans melalui telefon di SINI... Sumber : Harian Metro Macam mana perkara ni boleh berlaku. Sebenarnya kebanyakan syarikat insurans dan takaful ni ada mempunyai bahagian telemarketing masing-masing. Mereka ni dilantik dan dilatih untuk menjual melalui telefon. Perkara yang paling penting sekali ialah depa akan deal dan convince orang yang depa call tu sampai orang tu setuju. Orang yang depa call tu tak perlu berdepan pun dengan telemarketing ni. Jadi depa akan bercakap... bercakap... bercakap... sehinggalah orang atau prospect tu menjawap 'Ya' atau sebagainya tanda setuju. Apa yang kebanyakan kita tak tau ialah setiap panggilan akan dirakam. Setiap rakaman akan disimpan dan menjadi bukti tanda kita setuju. Anda tak perlu sign apa-apa borang pun. Macam mana depa link dengan bank supaya potongan akaun dibuat saya tak pasti. Anda sendiri boleh cari jawapannya. Antara risiko paling teruk bila beli insurans melalui telefon ni ialah bila nak buat claim. Sapa yang akan uruskan. Anda boleh bayangkan tak. Percaya tak... andalah yang kena buat sendiri semua. Bayangkan kalau dalam keadaan baru lepas sakit... lepas tu nak kena proses buat claim sendiri lagi....

Continue reading

Polisi Tak Cover, Syarikat Insurans Disaman RM2 Juta

Ini pula kisah insurans tak mau cover... orang dah beli polisi... dah jatuh sakit... mati... insurans tak mau bayar... Anda boleh baca artikel ni... siap mention nama company insurans lagi... Sumber : Utusan Malaysia Bagi saya ada beberapa kemungkinan kenapa polisi dia tak cover. Syarikat insurans tak mungkin nak tipu. Semua tertakluk pada klausa dalam polisi. Kita orang biasa kadang-kadang bukan faham sangat bahasa polisi. Ejen insurans sendiri pun kadang-kadang keliru. Antara sebab kenapa polisi tak cover... kemungkinan orang yang membeli polisi tu dah ada penyakit tersebut. Jadi dia tak declare. Company insurans pun tak minta medical report atau minta buat medical examination. Selalunya kalau kita memohon untuk satu jumlah pampasan yang tinggi, syarikat insurans akan minta pemohon buat medical examination. Sebab yang lain... penyakit tu memang tak ada coverage. Kalau kita tengok polisi yang dia beli tu hanya cover untuk penyakit kanser. Memang dia mati sebab kanser... tapi kita tak tau apa yang sebenarnya doktor tulis dalam medical report. Kalau doktor tulis penyakit dia bukan kanser memang tak cover lah. Laporan doktor tak ada siapa boleh lawan... termasuk lawyer. Ada juga sebab yang lain... mungkin polisi dia pernah 'lapsed'. Kita tak tau rekod sebenar cara pembayaran caruman dia. Kalau tengok polisi dia, saya percaya bukan...

Continue reading

Kos Perubatan Menjadi Beban

Saban hari kita mendengar betapa ada saja orang yang menderita penyakit kritikal... tidak semua orang boleh mengharunginya dengan sempurna. Kemampuan semua orang tidak sama. Mari baca kisah kakak ni mengharungi derita barah sehingga tahap 4... Sumber : Sinar Harian Bagi kakak ni mungkin dia tak mampu untuk mencarum bulanan untuk tabung insurans perubatan... mungkin dia mempunyai alasannya sendiri... atau mungkin dia mampu tapi tak ada ejen yang sampai kepada dia... Tetapi bagi kita pula bagaimana... bagi anda yang mempunyai pendapatan RM1,500 ke atas janganlah meletakkan alasan untuk mencarum 10% sebagai beban. Carumlah semampu anda... sekurang-kurangnya untuk tabung perubatan. Biarlah anda perit semasa mencarum daripada anda perit untuk membayar kos perubatan bila dah kena. Contoh yang selalu berlaku sudah banyak kita nampak. Bukan senang nak memohon bantuan. Bertindaklah segera.

Continue reading

Percuma – Dapatkan Quotation PruBSN Anda

Untuk mendapatkan quotation percuma, anda boleh isi ruangan di bawah dan klik 'Submit Form'. Saya akan kira untuk anda dan akan dihantar ke alamat email yang anda berikan. Untuk ahli keluarga yang ramai, sila berikan butiran yang berasingan. Sila dapatkan nasihat dari ejen anda sebelum memohon quotation percuma ini, atau anda boleh baca di SINI. Pastikan quotation yang anda mohon memenuhi keperluan anda untuk jangka masa panjang.    Name:    Phone    Email Address:             Job    Birthday    Budget RM100 - RM150 RM150 - RM200 RM200 - RM250 RM250 -...

Continue reading

14 Juta Tiada Insurans

Mari kita tengok fakta kat bawah ni... masih ramai yang tak ada insurans... sebagai ejen kita belum sampai ke pasaran sepenuhnya... masih banyak peluang untuk kita meniaga insurans...   Sumber : Berita Harian Jumlah ni akan sentiasa meningkat sebab kelahiran berlaku setiap hari... jangan risau pasaran kita sentiasa ada... Jadi... ayuh kita sebagai Prudential Wealth Planner... jom kita berikan kesedaran kepada lebih ramai orang di luar sana tentang kepentingan insurans... Untuk yang berminat nak mula meniaga insurans dan takaful... boleh contact saya... Klik kat Kerjaya Prudential Wealth Planner.

Continue reading