Kadar Penembusan Pasaran Takaful Dari 2009 – 2016

Kadar penembusan pasaran takaful… mari kita lihat keratan akhbar waktu-waktu terawal saya mula terlibat dalam bidang keusahawanan takaful dulu… Peratus kadar penembusan pada tahun 2009 ialah 7.7%… manakala pada tahun 2016 cuma 10%… lihatlah peratus perbezaannya… tak sampai 3% pun kenaikan bagi tempoh dari tahun 2009 hingga 2016… Berapa ramai yang masih belum mempunyai perlindungan Takaful… pasaran masih luas… masih ada 90% lagi yang belum ada takaful… tak pa kita tolak yang sakit atau tak layak nak apply… berapa peratus agak-agaknya ya… itu belum kira yang dah stop polisi sebelum ni… mana tau dia nak sambung balik kaa… kalau nak kira yang beranak hari-hari kat hospital tu memang tak ada alasan untuk kita tak buat takaful…  

Continue reading

Kepentingan Takaful Perubatan – Rubayah Yakob

Saban hari kita didedahkan dengan nilai kepentingan mempunyai tabung kecemasan perubatan. Saban hari juga kita melihat betapa ramai yang terpaksa menanggung kos-kos perubatan. Mari kita lihat dari perspektif seorang pensyarah UKM. Beliau menulis dengan panjang lebar. Jom kita hadamkan. Kepentingan takaful perubatan Oleh Rubayah Yakob AHAD, 27 MAC 2016 @ 7:01 AM PEMBIAYAAN terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai antara aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini. Di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.  Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Malangnya, masih ramai individu di negara ini tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan.  Mengapa hal ini berlaku? Antara sebabnya ialah sebahagian masyarakat tidak memahami peri pentingnya perlindungan takaful perubatan dan kesihatan dalam kehidupan mereka. Pada dasarnya, takaful perubatan dan kesihatan akan membayar perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pemilik atau pemegang polisi sebagai balasan bagi bayaran premium. Takaful perubatan dan kesihatan merangkumi beberapa jenis kontrak takaful yang melindungi risiko yang berbeza.  Polisi takaful perubatan dan kesihatan yang asas, biasanya akan memberi perlindungan terhadap risiko hilang upaya yang berpunca daripada penyakit...

Continue reading

Majoriti Miliki Insurans Hayat Di Bawah Perlindungan Sebenar

Dari tajuk kat atas tu apa yang kita faham? Apakah yang dimaksudkan dengan 'di bawah perlindungan sebenar'? Ok... mari baca artikel kat bawah ni... Ramzi Toubassy KUALA LUMPUR : Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy.  "Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka," katanya.  "Apabila sesuatu yang tidak ingini berlaku kepada mereka, wang untuk keluarga mereka mungkin hanya dapat bertahan selama satu atau dua tahun," katanya.  Jumlah itu, katanya, jauh daripada peraturan industri insurans hayat yang menyatakan seorang individu yang juga pencari nafkah, dicadangkan mempunyai perlindungan insurans hayat bersamaan 10 kali pendapatan tahunannya.  Dengan jumlah perlindungan diinsuranskan lebih tinggi, sekurang-kurangnya dapat menjamin kehidupan keluarga selama 10 tahun akan datang, katanya. Walaupun nisbah yang tinggi penduduk di bawah perlindungan sebenar insurans di negara ini, Toubassy kekal optimis bahawa Malaysia boleh mencapai sasaran mempunyai 75 peratus daripada penduduknya diinsuranskan pada tahun 2020. Industri insurans hayat Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus dalam perlindungan insurans kepada RM1.24 trilion pada 2015...

Continue reading

Kos Umrah Makin Meningkat, Jom Simpan Duit

Kos untuk menunaikan umrah dilaporkan akan meningkat... bagi yang mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah pada masa depan, buatlah persediaan dari sekarang. Sumber : Berita Harian Satu idea untuk anda, dengan Pelan PruBSN Ummah Link anda pasti mampu menunaikan ibadah umrah anda. Atau juga ibadah haji jika anda mahu. Buatlah persediaan seawal mungkin. Layari link yang saya berikan di atas.

Continue reading

Kanser Dijangka Pembunuh Utama Pada 2025

Penyakit yang akan menjadi pembunuh utama di Malaysia akan berubah tidak lama lagi. Kanser, akan mendahului senarai penyakit-penyakit kronik yang lain. Mari kita ubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik dan lebih sihat. Jaga pemakanan dah kesihatan kita. Mari baca artikel di bawah. Ia adalah sumber dari Kementerian Kesihatan kita. Kanser merupakan pembunuh utama dan dijangka menjadi pembunuh lebih besar dengan peningkatan 54 peratus bagi kes baharu menjelang 2025 sekiranya ia tidak ditangani. Antara masalah lain ialah Malaysia tidak mempunyai pakar onkologi yang cukup untuk merawat bilangan pesakit kanser yang semakin meningkat. Kerajaan kini serius mengemaskini dan menambah baik pelan tindakan kawalan kanser nasional untuk strategi pertempuran lebih baik terhadap kanser, penyakit yang turut disebabkan oleh amalan gaya hidup yang semakin tidak sihat dan pilihan pemakanan tidak baik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Malaysia mempunyai rancangan negara untuk mengawal kanser sejak 2008 tetapi tempohnya hanya sehingga 2015. "Kami akan mengemas kini dan meneruskan rancangan untuk menangani lagi kanser di negara ini," katanya dalam temuramah. Kementerian itu telah mula mengukuhkan pelan dengan berunding bersama pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai rancangan itu, bagi tempoh sehingga 2020. Rangka tindakan kawalan kanser negara diperkenalkan pada 2008, antara lain membawa kepada penubuhan Institut...

Continue reading

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink ialah penambahbaikan dari Pelan PruBSN Ummah. Baiklah... saya akan terangkan secara terperinci tentang PruBSN UmmahLink kat sini... Penerangan ini saya olahkan supaya mudah difahami. Manfaat di dalam PruBSN UmmahLink saya bahagikan kepada 4 bahagian utama. PruBSN UmmahLink InfoGrafik (klik gambar untuk saiz besar) 1.    Perlindungan Takaful 2.    Tabung Perubatan 3.    Simpanan, Pelaburan dan 'Cash Payout' 4.    Cabutan Sijil Simpanan Premium dari BSN Semua kategori di atas boleh dimasukkan ke dalam satu polisi. Kita boleh 'tailor made' untuk disesuaikan dengan keperluan kita. Keperluan bagi setiap kita adalah tidak sama.   Perlindungan Takaful   1.  Manfaat Asas Ini ialah manfaat yang anda akan dapat dan tersedia di dalam polisi anda.  1.1       Manfaat Pampasan Kematian Pampasan Kematian ialah jumlah yang anda boleh pilih berdasarkan kemampuan anda. Manfaat ini ialah satu bentuk instrument yang boleh digunakan untuk sebarang perlindungan. Anda boleh gunakan untuk perlindungan hutang-hutang anda. Boleh juga digunakan untuk perlindungan rakan kongsi perniagaan anda.      1.2       Manfaat Takaful Berganda Manfaat ini hanya terdapat di dalam PruBSN Ummah Link sahaja. Sekiranya berlaku kematian semasa tempoh mengerjakan Haji atau Umrah, Manfaat Pampasan Kematian di atas akan menjadi ganda DUA.Contoh : Jika jumlah perlindungan asas anda RM500,000.00, maka apabila berlaku kematian semasa mengerjakan Haji atau Umrah, jumlah tersebut akan...

Continue reading

Insurans : Kerjaya Berpendapatan Tinggi

Saya pernah share tentang kisah kerjaya berpendapatan tinggi dulu... paper cutting ni jugak membuktikan antara kerjaya berpendapatan tinggi ialah sektor kewangan. Sektor kewangan ni bukan saja sebagai bankers atau dengan kata lain kerja kat bank. Sektor kewangan ni termasuk di bidang insurans dan takaful... bidang unit amanah... Kalau anda tengok senarai kerjaya ni... dalam 10 pekerjaan yang tersenarai tu 9 darinya memerlukan kelulusan yang tinggi dan juga memerlukan masa yang panjang untuk meghabiskan pengajian. SATU saja dari tu yang tak perlukan kelulusan yang tinggi iaitu Bidang Kewangan - INSURANS dan TAKAFUL! Cukup dengan minimum SPM saja. Bagus kalau anda ada kelulusan yang lebih tinggi. Satu kelebihan untuk anda. Anda ada ILMU. Mari lihat senarai tersebut... Sumber : Harian Metro Dari artikel kat atas kita nampak ditekankan pada golongan Gen Y. Gen Y adalah golongan yang baru nak masuk alam pekerjaan. Mereka banyak mencuba pelbagai pekerjaan. Pastikan anda memilih haluan yang betul dengan minat anda. Tak perlu membuang masa nak test market dengan mencuba pekerjaan yang anda tak minat. Info untuk Gen Y : Tahukah anda... bidang insurans atau kewangan ni menjanjikan pendapatan yang tinggi... ia berada pada kedudukan ke TIGA antara 10 kerjaya yang tersenarai... anda juga boleh baca di SINI... Data dari Bank Negara juga menunjukkan...

Continue reading

Key-Man Takaful – Lindungi Perniagaan Anda

Assalamualaikum semua...  Adakah anda mempunyai business yang dikongsi bersama rakan anda? Okay, saya nak share satu Protection Instrument. Anda pernah dengar Key-Man? Ini ialah istilah insurans/takaful untuk perlindungan business partner anda. Penting! Sangat penting untuk melindungi perniagaan anda. Bagaimana ia melindungi perniagaan anda? Mudah saja. Saya explain dalam bahasa yang mudah untuk kita faham. Saya bagi contoh. Ali dan Bakar berpakat untuk menubuhkan satu syarikat. Ali dan Bakar sama-sama mengeluarkan modal.  Ali - Modal RM 5 juta Bakar - Modal RM 5 juta Syarikat AB Group Sdn Bhd - Nilai Syarikat RM 10 juta Mereka menjalankan perniagaan bersama untung rugi. Katakanlah 5 tahun kemudian perniagaan mereka sudah menjadi nilai RM 50 juta termasuk aset-aset yang sudah bertambah. Apakah yang akan berlaku sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia? Katakan Bakar meninggal dunia. Maka Ali dengan apa cara sekali pun perlu membuat pembahagian HAK Bakar. Hak ini sudah tentu bersamaan dengan nilai share masing-masing. Siapa yang akan dapat? Sudah tentu keluarga Bakar. Bagaimana Ali nak membayar share tersebut. Ali ada beberapa cara untuk membayar kepada waris Bakar. Mencari rakan niaga baru dan membayar kepada waris Bakar. Melantik waris Bakar untuk menjalankan perniagaan bersama dan menerima bahagian share Bakar. Menjual aset syarikat untuk membayar kepada waris Bakar. Menutup perniagaan dan membayar...

Continue reading

Tugas Kita Juga Sebagai Pendidik – Iklhaskan Hati

Bukan mudah untuk nak mendidik masyarakat kita tentang takaful... kadang-kadang nak beza antara insurans dengan takaful pun tak tau... itu masyarakat, ada jugak yang mana ejen pun tak tau nak beza antara insurans dengan takaful...Sebab tu kadang-kadang kita tengok... dia buat iklan dia letak nama company kat depan... kat ujung dia letak insurans takaful... atau ada jugak yang letak takaful insurans... nak meniaga pun tak tau pala ekoq... nak meniaga kita kena tau apa yang kita buat... kalau nak letak pun... letak la 'DAN' kat situ... Insurans dan Takaful... Jom... tugas kita orang Islam sebagai ejen takaful... mendidik adalah tugas kita... supaya lebih ramai faham tentang TAKAFUL... adalah menjadi tugas orang ISLAM nak didik pasal takaful... jangan bagi orang kapiaq dok didik kita pasal takaful... Paham dak maksud didik kat ataih tu... kalau tak paham jugak kena belajaq lagi... tua-tua pun tak pa... masih boleh belajaq... sebab nabi kata belajaqlah sampai liang lahad... Sumber : Utusan Malaysia   Baca juga di Kerjaya Bersama Prudential...

Continue reading