Jom Subscribe Channel YouTube Saya
Salam semua. Lama tak menulis di blog saya ni.
Untuk pengetahuan semua saya telah memulakan satu channel YouTube yang baru. Baru saja create pada 16hb Februari 2019 hari tu. Sebenarnya saya dah lama ada channel YouTube tapi content dia caca marba sikit. Jadi saya nak specified sikit, saya buat yang baru.
Nama channel saya ni ialah MunirVlogr. Kawan-kawan boleh la melawat kat sana. Fokus channel tu ialah saya nak banyakkan berdakwah. Maklumlah umur dah makin meningkat ni, ingat itu saja la cara nak tanam #SahamAkhirat.
Dalam masa yang sama, saya pun teringin juga nak buat duit kat YouTube ni. Mungkin ramai yang dah tau macam mana cara duit datang dari YouTube ni rasanya. Tentulah dari iklan. Iklan kat mana? Yang kita dok tengok YouTube tu bila ada iklan tu. Haaa... iklan tu laa yang pemilik channel YouTube akan dapat komisen dia. Saya kira macam komisen lah senang. Ada la persen-persen dia.
Tapi nak bagi dapat komisen ni dia ada la syarat-syarat dia. Syarat dia, channel kita kena lah ada video. Video-video ni eloklah kita buat atau rekod sendiri.
Syarat dia yang utama ada DUA saja.1. Jumlah tontonan di channel kita mestilah melebihi 4,000 jam. Maksudnya jumlah jam tontonan secara terkumpul adalah 4,000 jam....