Business Memang Kejam

Ya!… ini bukan drama TV pukul 7 tu… ini REAL! baca ni… sedikit sharing dari orang yang pernah jatuh…   BUANG BUAH YANG ROSAK DARI POKOK, POTONG KUKU PANJANG DARI CALAR KULIT. Dalam organisasi syarikat, ada team tapi ada satu atau dua orang yang tak disiplin, lebih baik cantas dan kick terus supaya tak ganggu perjalanan bisnes juga emosi jiwa team-team yang lain. Kejam? Ini adalah bisnes bukan pusat kebajikan masyarakat nak ada kesian-kesian. Ini bukan pasangan bercinta nak manja-manja geli geli. Kalau kau tu buat kerja sorang-sorang, slow, lembap nak mati, tak disiplin, tak tepati masa, kerja tak ikut jadual, itu kau punya pasal sebab kerja sorang-sorang. Tapi kalau berkumpulan, ada yang ada masalah macam yang disebut, kasi tendang keluar. Tak kira kau muda ke, kau tua ke, kau kaya ke, kau miskin ke, kau adik beradik saudara ke, kau kawan lama dari sekolah ke, kau hidup macam zomba ke. Kalau tak disiplin, tak tepati masa, melengah-lengahkan kerja, asyik pinjam duit syarikat, datang lewat balik tepat masa, eloklah berambus. Ini bisnes. Ia akan melembabkan perjalanan syarikat. Bisnes adalah masa. Masa adalah duit. Bila ada buah jambu satu demi satu rosak dan gugur, puncanya kerana ada sebiji buah jambu yang rosak satu yang tidak dibuang dari awal. Akhirnya tiada hasil. Dari...

Continue reading

Claim PruBSN

Salam kawan-kawan… saya jarang tunjuk testimonial claim dari client saya. Selalu saya minta izin dulu sebelum nak posting. Yang ni saya minta izin. Antara client saya yang sangat sporting. Tapi dia minta hide nama dia sebab kerja gov. kena jaga. Ok kita tutup nama.   Claim tulang belakang. Jatuh kat rumah. Bil sampai RM36 ribu. Implants saja RM9 ribu. Macam tak percaya. Okay cikgu, nanti kita pekena beriyani kambing. Sempoi punya. Nasib baik cikgu paham, duit yang PruBSN bayaq kat hospital tu duit orang ramai yang carum. Itulah konsep Takaful. Kita tak sakit, kita derma kat orang yang sakit. Kita pulak yang sakit, kita gunalah duit orang lain pulak yang mencarum dalam tabung tu. Dapat doktor pun garang… orang Kedah kata cenge… hahaha… Moga cikgu cepat sembuh yaa… tak mau sakit-sakit. Selalu saya doakan supaya semua client saya sihat-sihat belaka. Sakit dah sihat itu ujian dari Allah.

Continue reading

Tips Kerjaya

Tips Kerjaya Zaman sekarang adalah zaman IT… zaman yang serba pantas... zaman info di hujung jari. Bagi sesiapa yang nak memohon pekerjaan tu… jika anda ada account media social… jagalah posting-posting media social anda… Bila anda hantar resume, berdasarkan data yang anda beri, majikan boleh cek aktiviti anda di account media social anda terutama FB… Kalau posting-posting anda asyik memaki hamun saja… atau banyak yang negative… atau asyik merungut tak puas hati sana sini… kemungkinan permohonan pekerjaan anda ditolak… tidak ada majikan yang nak ambil calon pekerja yang macam ni… Sampai satu masa kelak… kemungkinan besar majikan akan mewajibkan anda sertakan account media social dalam resume anda atau semasa sesi temuduga… Account media social anda adalah melambangkan peribadi anda… ia menunjukkan siapa diri anda… Bila memohon dari FB Page atau FB Group… pastikan anda bersopan… bila ada posting berkenaan jawatan kosong… jangan minta pengiklan PM kita… sebaliknya anda yang perlu berusaha mencari dan bertanya… Semoga anda mendapat Kerjaya Impian anda…

Continue reading

Penyakit Sosial Media

The Google Effect Bila kali terakhir anda ingat nombor telefon individu yang penting pada anda? Itu permulaannya selepas kita mempunyai teknologi buku telefon dalam telefon. Simptom The Google Effect menular kerana semakin ramai manusia merasakan yang kita sudah tidak perlu mengingati sesuatu, kerana adanya Google. Otak kita kini mulai menyimpan kurang maklumat berbanding dahulu walaupun maklumat semakin mudah diperolehi. Kesannya mungkin tidak dirasai sangat ketika ini. Bagaimanapun proses pembelajaran satu masa nanti pasti berubah, apabila pelajar mula tidak mengingati apa yang mereka pelajari kerana kita sudah terbiasa dengan sistem maklumat di hujung jari.Facebook Depression Dalam satu kajian yang dilakukan University of Michigan, perasaan murung didapati meningkat sejajar dengan jumlah masa yang digunakan oleh orang muda di Amerika Syarikat. Ini berlaku kerana orang ramai hanya akan memuat naik perkara baik tentang mereka dalam Facebook – percutian, parti, buat apa dan sebagainya. Melihat gambaran tersebut mampu membuatkan kita beranggapan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti berbanding kita, sedangkan perkara itu tidak benar. Menurut kajian tersebut, andai seseorang terlalu memfokuskan dirinya terhadap apa yang dipaparkan di dalam Facebook, memang mudah untuk dia jadi murung. Nasihat penyelidik, jangan percaya apa yang anda lihat dalam Facebook.Fear of Missing Out Fear of Missing Out (FoMO) atau takut ketinggalan adalah gejala yang semakin...

Continue reading

Kerjaya Pilihan Saya – Perunding PruBSN Takaful

Artikel ini sedikit panjang. Biar saya tulis dengan santai. Tak terlalu formal. Anda perlu baca bagi habis. Hadamkan. Pernah terfikir tak anda nak jadi Perunding Takaful satu masa dulu? Tidak bukan? Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya “Besar nanti kamu nak jadi apa?” Tentu jawapan dia seperti biasa… Cikgu, Doktor, Engineer, Pensyarah, Pilot atau apa saja kerja yang best-best kan… hahaha… Baiklah, mari saya explain bagaimana kerjaya yang bukan menjadi pilihan ni boleh merubah masa depan anda. Kebanyakan Perunding Takaful datang dari pelbagai latar belakang. Ada guru, ada salesman, ada engineer, ada bankers malah doktor pun ada. Kebanyakannya datang dari senarai kerjaya utama yang kita pilih masa sekolah tadi. Bila masuk dalam bidang ni, semua jadi sama, cuma latar belakang education saja yang membezakan. Walaupun ada yang datang dari latar belakang yang hebat-hebat, tak semestinya mereka boleh bertahan dalam industri ini. Ada juga yang hilang selepas beberapa tahun. Tapi bagi yang jiwanya jiwa businessman, kebanyakannya boleh bertahan. Jadi kalau anda datang dari latar belakang dengan sekadar SPM saja, janganlah risau. Dengan syarat anda boleh berusaha dengan keras, insyaAllah anda boleh berjaya. Malah anda boleh berjaya lebih lagi dari mereka yang berlatar belakang hebat-hebat tadi.    Siapa Kita    Adakah kita dilahirkan terus jadi kaya? Kalaulah kita dilahirkan kaya!...

Continue reading

Cyst – Ya! Takaful Cover

Cyst – antara penyakit ketumbuhan yang sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita. Ramai yang tanya Takaful cover tak cyst ni. Ya… cover tapi dengan syarat. Kebiasaannya setiap ketumbuhan cyst ada saiz dia. Dari saiz itu pulak doktor boleh buat kesimpulan tentang umur cyst tersebut. Sudah berapa lama cyst tu wujud. Ya… pastikan cyst tersebut wujud selepas anda apply Takaful. Kalau doktor tulis di dalam laporan perubatan mengatakan cyst tersebut telah wujud sekian sekian lama, dan tempoh tersebut anda belum apply Takaful, PASTI Takaful anda tak cover. Untuk mengelakkan anda terlewat, pastikan anda apply takaful awal-awal. Anda boleh follow di FB Page Dr Hamid Arshat. Banyak info tentang penyakit-penyakit di situ.

Continue reading

Kanser Menyerang Tak Kira Usia

Tak sangka kan… mula-mula kecik saja… artikel ni adalah sharing dari client saya juga… sebab client saya ni dah buat kemo dan tengah buat radiotherapy… so macam-macam dia jumpa kat hospital… Jom baca kandungan artikel ni… Sumber : Harian Metro Kanser sekarang sangat mudah menyerang. Jangan ingat umur muda kita boleh bebas dari penyakit kritikal. Berhati-hati kawan-kawan. Kos rawatan untuk kanser adalah antara yang tertinggi. Anda boleh survey berapa kos-kos untuk buat kemo dan radiotherapy. Jom kita jaga kesihatan. Amalkan makan durian belanda. Saya dah tanam pokoknya. Tak lama lagi berbuah lah tu. Hehehe… Satu lagi amalan untuk mengelak kanser ialah makan pulur buah nanas. Pulur dia yang tengah-tengah buah tu. Jarang orang makan yang bahagian tu. Tapi itu antara pencegah kanser juga. Tapi kalau takut juga terkena kanser, risau pasal kos-kos perubatan dia apa semua, apply takaful. InsyaAllah client saya ramai dah yang boleh elakkan dari guna duit simpanan depa. Kos hospital takaful yang tanggung. Duit simpanan boleh guna untuk benda lain. Siap dapat pampasan lagi.

Continue reading

Susah Senang Kehidupan – Ujian Allah

Setiap dari kita mempunyai untung nasib yang berbeza. Semua ini telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Telah tertulis rezeki kita sejak dari Luh Mahfuz lagi. Jangan kita bangga dengan apa yang kita ada hari ini. Sekelip mata Allah boleh bagi, sekelip mata juga Allah boleh tarik. Allahuakbar! Artikel dari Metro ini adalah sebahagian dari kisah dalam masyarakat kebanyakan. Sumber : Metro Apa yang telah berlaku di dalam masyarakat kita, boleh kita jadikan iktibar. Kita boleh merancang untuk mengelakkan dari semua ini berlaku. Ya… memang Allah dah tetapkan semuanya. Tapi DOA boleh mengubah untung nasib kita. Doa yang disertakan dengan usaha. Masyaallah! Untuk menjadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada kita, cuba kita lihat pendapatan arwah di dalam artikel di atas. Jumlah pendapatan melebihi RM15,000 sebulan bukanlah jumlah yang kecil bagi kebanyakan kita. Ia agak besar. Bayangkan jika anda mempunyai pendapatan tetap RM15,000 lebih sebulan. Bila meninggal saja hilang sekelip mata RM15,000 sebulan tu. Saya sebagai ejen PruBSN Takaful, apa lagilah cadangan saya yang boleh bagi. Apply Takaful. Itu saja caranya. Jika anda dengan pendapatan RM15,000 sebulan, dan anda cuma carum 10% saja dari gaji tu, bayangkan berapa banyak perlindungan yang anda boleh dapat. RM1,000,000.00 … ya RM SATU JUTA! Sudah tentu orang yang kita tinggalkan boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Bukan niat...

Continue reading

Live Life Like Puzzle Bar

Kehidupan ni umpama puzzle… saling perlu memerlukan… Di sekeliling kita ni ada bermacam-macam orang… kaya, miskin, pelbagai kerjaya, pelbagai pemikiran, pelbagai budaya… dan macam-macam lagi… Sebenarnya semua dari kita saling memerlukan antara satu sama lain… dan wujudlah perniagaan… kaya dan miskin adalah satu masalah… perniagaan wujud apabila adanya masalah… orang kaya perlukan orang miskin untuk menderma… orang miskin perlukan orang kaya untuk menerima derma… Dan bermacam-macam kerjaya yang ada di sekeliling kita… kehidupan manusia yang normal adalah memerlukan antara satu sama lain… kecuali hidup di hutan jadi Tarzan… itu pun Tarzan perlukan binatang-binatang untuk hidup… hahahaha… Peranan kita sebagai manusia penting kepada manusia lain… hidup yang berguna ialah hidup yang sentiasa memberi… Sebab itulah wujudnya “what you give… you will get back” Jom kita jadi manusia yang berguna… yang sentiasa bermanfaat… yang saling melengkapi…

Continue reading