My Bizz

Bil terperinci untuk kos rawatan di hospital kerajaan

Sumber : Berita Harian

Bagus juga… lepas ni baru pesakit tau setiap rawatan tu ada kosnya. Walaupun semua orang layak mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tapi kebanyakan orang tak tahu kos sebenar. Semua orang layak untuk rawatan percuma sebab sebahagian dari kita sudah menanggung kos tersebut melalui cukai yang dibayar. Semua kos termasuk gaji nurse pun kita dah bayar.

Tapi bila dah percuma ni tentu ramai yang nak dapatkan perkhidmatan tersebut. Percuma hanya untuk mereka yang tak bayar cukai saja! Bila dah ramai, sudah tentu anda perlu beratur panjang.

Bila terpaksa beratur panjang… berapa lama pulak masa anda nak dapatkan rawatan. Ada kawan saya nak buat rawatan buang batu karang saja terpaksa tunggu giliran sehingga 6 bulan. Boleh anda bayangkan!

Percaya atau tidak… hanya orang yang pernah melaluinya saja yang tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *