Keras kepala ni ada dua. Satu yang boleh membawa kebaikan dan satu lagi yang boleh membawa kepada keburukan. Tapi selalunya kalau sebut hal keras kepala ni tak adalah baiknya pun!
Keras kepala ni adalah satu attitude yang sangat buruk. Kadang-kadang susah untuk orang lain mengawalnya. Tidak ada sesiapa yang suka berurusan dengan orang yang macam ni. Orang yang macam ni selalunya dia tak nampak yang dia ada masalah tersebut. Hanya orang yang di sekelilingnya saja yang boleh rasa.
Jangan biarkan sikap ini ada dalam diri anda. Kalau ada jugak, anda kena start kurangkan kekerasan kepala anda tu. Tidak ada sesiapa suka berkawan dengan orang yang macam ni. Kalau ada pun, tentu hanya untuk kepentingan orang tu saja.
Kalau anda nak cari kerja, tak ada majikan yang akan suka dengan staff yang macam ni. Sure tak lama lepas tu anda kena cari kerja lain. Susah dia nak mengurus orang macam ni.
Jadi biarlah orang kata “Kepala Anda Keras” dari orang kata “Anda Keras Kepala!” …sebab kalau kepala keras ni BANYAK kegunaannya (^_^)… tapi keras kapla kaluu… satu sen pun tarak guna!
……