My Bizz

Bertukar Dari WordPress Ke Blogspot Semula

Saya berblogging ni dah lama. Sebelum adanya blogspot lagi. Dulu dia panggil googlesite. Walaupun saya suka blogging, tapi saya tak lah pandai sangat menulis 😁. Cuma sekadar suka-suka saja. Bila masuk dalam bidang insurans/takaful ni, saya banyak menulis tentang kerjaya saya ni. Saya bukanlah expert dalam bidang insurans.
Okay berbalik pada tajuk tu. Saya diperkenalkan dengan wordpress (WP) oleh sorang kawan. Dia pakar dalam website ni. Suggest untuk bertukar ke medium wordpress. Dah bertukar tu, pening sikit mula-mula. Banyak benda baru. Memang cantik theme dalam WP ni dan kita boleh buat macam-macam.

Saya transfer semua artikel dari blogspot ke WP. Mudah saja, cuma guna plugin saja. Saya ada hampir 10 domain. Semuanya atas platform WP. Ada yang buat e-Commerce. Tak pandai pun nak buat, cuma godek-godek sendiri saja semua sambil tanya-tanya member tadi tu dan belajar sendiri.

Website ni memang hobi saya. Sanggup mengadap PC sampai sehari suntuk. Masa dengan blogspot saya godek-godek html. Bila masuk WP perosah php pulak. Tapi tak pandai-pandai pun 😂. Dalam html boleh gagah lagi, masuk php blur terus!

Kenapa saya bertukar? Bukan sebab pening dengan php. Tapi sebab hosting. 

Sebelum tu bagi yang tak tahu selok-belok website ni, dia ada dua bila kita nak buat website. 1 domain, 2 hosting. Yang lain-lain tu design apa semua tu sampinganlah.

Domain ni nama atau alamat wesbite anda. Contoh macam saya punya www.munir.my atau apa saja domain. Dot my (.my) tu boleh pilih kita nak .com ka… .net ka. Kena bayar kalau nak beli tu. Bukan free 😂. Kita kena bayarlah yuran dia. Tahunan ka atau nak bayar siap-siap untuk 5 tahun. Itu satu.

Kedua, hosting dia pulak. Hosting ni tempat nak simpan semua kita punya artikel-artikel atau gambar kat website kita tu. Yang ni pun kena bayar jugak. Banyak hosting provider kat luar sana. Pilih saja yang mana kita suka. Ada murah ada mahal. Yang penting pilih yang bagus-bagus. Jangan dok selalu down pulak server dia. Server tu apadia pulak. Server tu tempat bersarangnya hosting tadi tu lah. Kadang-kadang kalau line internet tak elok server boleh down. Bila down, website kita tak boleh masuklah. 

Peningkan dengaq 😁. Sapa yang suka bina website dia tau la.

WordPress ni ada dua. 1 wordpress.com dan 2 wordpress.org. Bila anda beli hosting, dalam tu dia boleh install wordpress platform ni. Dia guna wordpress.org. Tok sah pikiaq lah yang tu, pening!

Okay, blogspot pulak. Blogspot atau blogger ni hosting dia free. Tak payah bayaq. Jadi kita boleh berblogging secara percuma. Cuma domain dia tak cantiklah. Contoh macam saya punya munirule.blogspot.com.

Tapi anda boleh beli domain anda sendiri. Dan anda boleh pointing blogspot anda ke domain yang anda beli tu. Jadinya anda cuma bayar yuran domain saja. Macam saya pointing dari munirule.blogspot.com ke www.munir.my.

Hosting dia percuma. Anda register akaun gmail satu, anda dah boleh buka blog anda sendiri. Yang wordpress.com tadi tu pun ada yang percuma jugak sama macam blogspot. Cuma dia payah sikit. Nampak macam rumit. Dia tak boleh link dengan akaun gmail anda.

Blogspot senang, dia boleh link dari gmail. Dengan sekali log in gmail dah boleh masuk ke blog anda. Semua satu tempat.

WP ni kalau kita tak bayar yuran, website kita tak boleh masuk. Bila domain kita expired semua artikel kita dah tak boleh nampak. Blogspot tak dak masalah. Kalau domain kita expired kita masih boleh nampak artikel kita. Contoh kalau domain saya www.munir.my expired, semua artikel saya masih boleh nampak di munirule.blogspot.com.

Inilah sebab utama kenapa saya bertukar ke blogspot semula.

Kat website saya ada artikel yang berguna untuk semua. Saya sayang artikel-artikel saya tu. Kalau saya mati, tak bayar yuran domain, dia akan expired. Tapi semua artikel saya orang masih boleh baca. Mungkin ada sedikit ilmu dari artikel saya, jadi sekurang-kurangnya pahala saya terus berjalan jika ada orang yang gunakan ilmu tu.

Jadi untuk jangka masa panjang, saya perlu buat macam tu.
Domain saya semua ada di Exabytes. Semua anak saya akan uruskan kalau expired. Kalau anda nak guna hosting, setakat ni yang terbaik ialah Exabytes. Sudah lama saya berurusan dengan depa. Customer service depa antara yang terbaik. Cepat dan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *