My Bizz

Berjimat rawat penyakit kanser

KANGAR – Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah.
“Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.
Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun.
Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah.
Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara.
Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.
Sumber : Kosmo!
_______________________________________________________________________________
Bagaimana anda boleh mengelakkan dari menanggung kos perubatan yang tinggi?
Anda baca… anda teliti… dan kalau anda mampu anda buatlah kajian sendiri… berapakah kos rawatan terkini untuk salah satu dari 36 Penyakit Kritikal ini!

Kanser telah menjadi penyakit yang biasa sekarang. Ratio claim yang paling tinggi di Prudential pun adalah kanser. Anda klik di SINI. Itu cuma dalam tempoh beberapa bulan saja.

Jadi perlindungan yang bagaimanakah yang anda perlukan untuk menanggung kos perubatan anda seumur hidup! Jawapannya ada di sini…

Jadual kat atas tu cuba anda teliti di bahagian Rawatan Kanser. Kosnya adalah mengikut jumlah had tahunan. Had seumur hidup pun sudah RM500 ribu! 
Kemudian anda teliti jadual di bawah sini pulak.Tengok kat bahagian Rawatan Kanser berapa jumlahnya. Walaupun had tahunannya tinggi tapi bila sampai kat rawatan Kanser ianya telah dihadkan untuk jumlah tertentu.
Sumber : Klik Sini
Kemudian cek polisi anda… sama tak dengan jadual kat atas tu. Bayangkan kalau dalam polisi anda sama dengan yang macam jadual tu… cukup tak untuk nak buat rawatan kemo. Kalau anda apply plan yang paling tinggi pun… had untuk rawatan kanser tu masih tak cukup kalau anda compare kat akhbar Kosmo! kat atas tu… 
Sebab tu lah anda kena paham betoi-betoi apa plan yang anda ambil… jangan asal murah saja kira jadik! Ramai client saya yang apply plan RM500 ribu pun bila dah disahkan penyakit-penyakit yang macam ni… depa rasa tak cukup… takut tak cukup untuk nak menampung sebab tak tau nak hidup berapa lama lagi… kalaulah ditakdirkan hidup lama tapi merana dengan penyakit yang nak kena kos rawatan yang tinggi… mana nak amik duit… so apply plan yang tinggi siap-siap!
Kalau anda selalu baca surat khabar… boleh kata hari-hari ada kisah pasal kanser
Sumber : Harian Metro
Kalau anda nak baca kisah client saya sendiri boleh baca kat SINI. Nahh… kat SINI pulak satu blog seseorang yang dah buat rawatan kanser.
Kat SINI pun ada kisah nak buat rawatan dengan kos yang besar.
Dengan kos yang amat besar ni… kalau anda ada medical card yang coverage dia ciput saja… baik tak payah ada medical card lah… buat rugi bayar saja… buat sakit hati saja bila coverage tak cukup!! Kalau nak amik medical card… amik yang coverage tinggi terus.
Sorry lah… masih ramai orang kita yang meletakkan priority perlindungan insurans/takaful ni kat bahagian bawah sekali… kat bahagian yang tak penting sekali… kalau bayar pun selalu skip-skip… tak tepat!
Masih ramai yang belum ada kesedaran!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *