My Bizz

Berapakah nilai ijazah anda?

Sumber : Utusan Malaysia

Sedih saya baca artikel Utusan ni… berapa ramai orang melayu yang masih berpendapatan rendah. Kenapa…? Kerana sikap yang masih tak mahu berubah… kerana sikap selesa dengan apa yang ada…

Kalau kita tengok bukan bumiputra… mereka bekerja keras untuk memajukan ekonomi mereka. Mereka hanya akan bekerja di sektor yang hanya akan menguntungkan saja. Terutama kaum Cina. Ini adalah realiti! Tak dapat kita nak nafikan lagi. Kebanyakan mereka akan terlibat dalam business. Hanya business saja yang akan membuatkan mereka KAYA.

Orang kita kebanyakan lebih suka kerja makan gaji. Yang belajar tinggi-tinggi pun lebih suka makan gaji. Kalau anda teliti artikel di atas tu agak-agak anda berapakah nilai ijazah anda kalau nak dibandingkan dengan gaji yang anda terima? Berbaloikah dengan masa yang telah dihabiskan untuk belajar.

Bagi saya… nilai sekeping ijazah sepatutnya bersamaan dengan gaji minimum RM5,000 sebulan. Itupun minimum. Average mestilah RM7,000 ke atas! Jadi kat mana nak cari kerja yang boleh dapat minimum RM5,000 sebulan? Hanya business saja jawapannya…

Business apa?… Anda boleh baca di SINI

Memang benar Allah dah tentukan semuanya. Tapi janganlah kita hanya berserah saja. Allah dah bagi akal kat kita untuk kita berfikir. Berusahalah. Allah juga dah sediakan untuk kita doa-doa tertentu. Berdoalah.

Doa dan usaha akan mengubah nasib kehidupan kita.

InsyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *