Kisah Benar : Hudhaifah al-Yamani
KISAH BENAR - Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Minta Supaya Jasad Mereka Dipindahkan.
Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata: "Wahai raja! ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air."
Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya seperti urusan-urusan kenegaraan.
Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti itu: "Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahukanlah kepada raja agar dia mahu sedikit simpati untuk memindahkan kubur-kubur kami. "
Lalu setelah membincangkan masalah ini, Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berusaha melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai perkara ini dan Perdana Menteri akan memberikan kenyataan kepada akhbar supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkan...