Sahabat,
Semua dari kita tahu tarikh lahir kita. Semua ada sijil lahir. Ramai yang gembira dengan kelahiran kita.
Dari gambar di atas ni tentu sahabat boleh faham dengan mudah. Kematian boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Tidak kira usia. Di mana saja. Tidak ada sesiapa pun tahu akan tarikh kematian kita.
Sudahkah kita semua bersedia. Bersedia dengan amalan yang secukupnya. Apa yang kita nak bawa ke alam sana. Risau tak?
Apalah persediaan kita andai sekejap lagi kita kena kembali ke alam sana.
Ada orang buat perkiraan. Satu hari di akhirat bersamaan seribu hari di dunia. Jadi jangka hayat kebanyakan kita hanyalah 60 ke 70 tahun saja. Kalau nak dinisbahkan dengan tempoh masa di akhirat, hidup kita ni hanyalah cuma beberapa jam saja.
Apa yang kita mampu buat dengan masa yang sependek tu. Kematian kita adalah bila-bila saja boleh berlaku.
Masa lalu kita tak boleh ubah apa-apa lagi. Itulah takdir yang Allah dah tetapkan. Masa depan... pun Allah dah tetapkan, cuma kita belum tau saja takdir kita macam mana.
Teruskan hidup kita, jadilah hamba yang bertaqwa kepada Allah. Mana tau takdir kita hidup setakat malam ni saja.
Bersiap sedialah kita 24/7/365