Sahabat,
Dosa syirik adalah dosa yang paling BESAR yang Allah tak akan ampunkan melainkan dengan taubat nasuha sahaja. Syirik besar selalu kita boleh ingat atau nampak, tapi macam mana dengan syirik kecil. Inilah yang paling kita takut.
Macam mana yang dikatakan syirik kecil tu. Contoh paling dekat, bila kita solat sendirian, kita buat biasa-biasa saja sebab tak ada orang lain yang nampak. Tapi bila kita solat di masjid atau di mana saja yang ada orang lain bersama, masa ni kita jaga solat kita betul-betul sebab ada orang yang akan melihat solat kita.
Jadi di situ kita dah solat kerana orang lain, bukan kerana Allah lagi. Kita solat nak bagi orang nampak solat kita sempurna. Kita tak perasan, sebenarnya inilah syirik kecil.