Besarnya Implikasi Fitnah

Munir
0

 

Gambar Hiasan

Seekor kerbau yang baik mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata fitnah.

1. Sepulang dari sawah, kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada anjing yang kebetulan datang, “Bro, aku penat gila hari ni, ingat besok nak rehat sehari”

2. Anjing bejumpa kucing di sudut tembok, “Tadi aku jumpa kerbau, katanya besok dia nak rehat dulu. Aku rasa memang patut pun, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada kerbau”

3. Kucing kemudian bercerita kepada kambing, “Kerbau komplen bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tak nak datang kerja!”

4. Kambing berjumpa ayam, “Khabarnya kerbau tak berapa seronok bekerja dengan bos. Mungkin dia dah ada bos lain yang lebih baik”

5. Ayam bercerita kepada monyet, “Kerbau dah tak akan kerja untuk bos kita lagi dan dia nak cari kerja di tempat bos yang lain!”

6. Ketika makan malam, monyet berjumpa bos, “Bos, tolong ajar si kerbau tu, akhir-akhir ini dia dah banyak berubah. Dia nak meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!”

7. Mendengar ucapan monyet, bos terus bunuh kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja.

Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.


Kredit : Sumber Facebook

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)