Amalan Abah Di Hujung Hayat

Munir
0

Hari ni 1 Januari 2021. Genap setahun abah kembali ke rahmatullah. Arwah abah saya yang saya kenal.

Abah Mansor Bin Sulaiman

Semasa hayat dia, boleh dikatakan dia tak tau apa langsung hal dunia. Hang cerita pi apa pun dia bukan tau apa. Kawan-kawan dia mai rumah sembang depan TV ada bola. Orang cerita bola dia cerita kut lain.

Dia sangat garang. Bengis. Hanya mak yang tau. Ada la turun mai sikit-sikit.

Masa dihujung hayat dia. Masa nak habis umur. Sakit dia langsung tak meraung. Tau kata dia sakit. Dia gelisah buat macam-macam cara duduk. Tapi langsung tak merungut kata sakit.

Tanya mak apa amalan abah. Mak kata abah hang tak pernah tinggai tahajjud masa hujung-hujung umur. Berzikir beratus-ratus. Tahajud bangun awai. Lepas habis subuh mengantuk la. Pi bendang pukul 10. Orang dah balik dia baru nak pi.

La illahaillallah ayat terakhir sebelum mata terpejam.

Abah pesan, jangan tinggai Surah Taba. Al Mulk lah tu. Quran dia sampai hitam kat bahagian Surah Al Mulk mak kata.

Al Quran yang abah selalu baca.

Itulah abah saya yang saya kenal sikit-sikit sebab saya tak dok dengan dia dari kecik.

InsyaAllah nak follow amalan yang abah buat. Hujung-hujung hayat ni nak istiqomah. Semoga Allah tempatkan roh abah bersama orang-orang yang beriman.

Doa untuk Mak... Arwah Abah... Arwah Tok... Arwah Wan... tak pernah putus dalam tahajjud. Ya Allah, Engkau kurniakanlah limpah rahmatMu kepada aku dan seluruh ahli keluargaku. Masukkanlah kami semua ke dalam syurgaMu tanpa hisab dan tanpa azab.

Aminnn...

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)