Susah Senang Kehidupan – Ujian Allah

Munir
0


Setiap dari kita mempunyai untung nasib yang berbeza. Semua ini telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Telah tertulis rezeki kita sejak dari Luh Mahfuz lagi. Jangan kita bangga dengan apa yang kita ada hari ini. Sekelip mata Allah boleh bagi, sekelip mata juga Allah boleh tarik. Allahuakbar!


Artikel dari Metro ini adalah sebahagian dari kisah dalam masyarakat kebanyakan.






Sumber : Metro


Apa yang telah berlaku di dalam masyarakat kita, boleh kita jadikan iktibar. Kita boleh merancang untuk mengelakkan dari semua ini berlaku. Ya… memang Allah dah tetapkan semuanya. Tapi DOA boleh mengubah untung nasib kita. Doa yang disertakan dengan usaha. Masyaallah!


Untuk menjadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada kita, cuba kita lihat pendapatan arwah di dalam artikel di atas. Jumlah pendapatan melebihi RM15,000 sebulan bukanlah jumlah yang kecil bagi kebanyakan kita. Ia agak besar.


Bayangkan jika anda mempunyai pendapatan tetap RM15,000 lebih sebulan. Bila meninggal saja hilang sekelip mata RM15,000 sebulan tu.


Saya sebagai ejen PruBSN Takaful, apa lagilah cadangan saya yang boleh bagi. Apply Takaful. Itu saja caranya. Jika anda dengan pendapatan RM15,000 sebulan, dan anda cuma carum 10% saja dari gaji tu, bayangkan berapa banyak perlindungan yang anda boleh dapat.


RM1,000,000.00 … ya RM SATU JUTA! Sudah tentu orang yang kita tinggalkan boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik.


Bukan niat saya untuk mengambil kesempatan dari kisah artikel di atas, tapi untuk kita semua jadikan sebagai pengajaran. Bayangkanlah jika kita semua mempunyai nilai jumlah perlindungan Takaful RM1 Juta. Bila kita mati, waris kita akan menikmati faedah tu. Waris kita boleh mengunakan dana tersebut untuk memulakan hidup baru.


Kalaulah semua dari kita ada perlindungan RM1 Juta, bila kita meninggal, generasi yang bakal kita tinggalkan sudah tentu tiada masalah lagi. Generasi yang bakal kita tinggalkan adalah jutawan! Jom kita apply Takaful hari ini. Rancang kewangan anda. Biar kita generasi yang susah untuk mencarum Takaful hari ini, tapi generasi yang kita nak tinggalkan nanti tidak susah lagi. Generasi yang kita nak tinggalkan nanti semua kaya-kaya.


Orang Islam wajib kaya! Dengan kekayaan kita boleh LEBIH menderma. Kita boleh membantu orang lain pula.


Inilah impian saya sebagai ejen Takaful. Andai kita tak tahu berniaga, ini saja instrument yang kita ada untuk menjadikan generasi di bawah kita senang lenang. Bangsa lain sudah lama menggunakan instrument ni.


Doa dan usaha, Allah boleh mengubah untung nasib kita.


Al fatihah untuk arwah suami Puan Zainurita di dalam artikel di atas. Takziah untuk seisi keluarga. Mohon pihak Metro siarkan nombor akaun Puan Zainurita sekali, mana tahu ada Hamba Allah yang boleh membantu.


InsyaAllah…


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)