Business Memang Kejam

Munir
0


Ya!… ini bukan drama TV pukul 7 tu… ini REAL! baca ni… sedikit sharing dari orang yang pernah jatuh…







BUANG BUAH YANG ROSAK DARI POKOK, POTONG KUKU PANJANG DARI CALAR KULIT.


Dalam organisasi syarikat, ada team tapi ada satu atau dua orang yang tak disiplin, lebih baik cantas dan kick terus supaya tak ganggu perjalanan bisnes juga emosi jiwa team-team yang lain.


Kejam? Ini adalah bisnes bukan pusat kebajikan masyarakat nak ada kesian-kesian. Ini bukan pasangan bercinta nak manja-manja geli geli.



Kalau kau tu buat kerja sorang-sorang, slow, lembap nak mati, tak disiplin, tak tepati masa, kerja tak ikut jadual, itu kau punya pasal sebab kerja sorang-sorang.


Tapi kalau berkumpulan, ada yang ada masalah macam yang disebut, kasi tendang keluar.


Tak kira kau muda ke, kau tua ke, kau kaya ke, kau miskin ke, kau adik beradik saudara ke, kau kawan lama dari sekolah ke, kau hidup macam zomba ke.


Kalau tak disiplin, tak tepati masa, melengah-lengahkan kerja, asyik pinjam duit syarikat, datang lewat balik tepat masa, eloklah berambus.


Ini bisnes. Ia akan melembabkan perjalanan syarikat. Bisnes adalah masa. Masa adalah duit.


Bila ada buah jambu satu demi satu rosak dan gugur, puncanya kerana ada sebiji buah jambu yang rosak satu yang tidak dibuang dari awal.


Akhirnya tiada hasil. Dari rosak satu buah menjadi satu pokok. Dari satu pokok menjadi satu ladang.


Bisnes memang mafia. Kalau nak manja-manja, jangan masuk bisnes dan buat-buat pandai.


Bodoh boleh diajar dan sedia belajar lebih baik dari acah-acah pandai. Rendahkan ego sekali sekala.


Unsur Kesian, unsur simpati, unsur agama, unsur rezeki, unsur anak ramai, unsur melayu akan dikaitkan bila kena tendang keluar syarikat. Tak guna semua tu kalau tak ada disiplin.


Kerja berkumpulan ibarat jari tangan kita. Tak ada yang sama. Ada tinggi ada rendah. Satu jari kena kau gelak. Tapi bila 5 jari genggam, makan nasi tengahari kat hospital.


Bila jari, yang kotor biasanya kuku. Bila kuku kotor dan panjang, yang perlu dibersih dan dipotong adalah kuku. Bukan potong jari.


Bukan apa, kalau kuku panjang dan kotor tak dibersih dan dipotong, takut ada luka calar dipunggung yang tidak nampak hanya memendam kepedihan jangkamasa panjang.


Jaga bisnes atau nak jaga hati orang yang boleh menjahanamkan bisnes?


Kredit : Hafiz Mansor














Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)