Medical Card : Stand Alone vs Polisi Investmentlink

Munir
0

Assalamualaikum...



Saya nak share sikit pasal benda ni supaya anda boleh buat pilihan yang terbaik untuk jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek. Sharing ni adalah berdasarkan pengalaman saya selama saya jadi ejen Prudential dan pengalaman orang lain.



Nota : Artikel ni mungkin panjang sikit... kadang-kadang panjang sangat orang malas nak baca... tapi ada sedikit Info dan Knowledge untuk bakal-bakal client dan ejen-ejen...



Sebelum tu saya nak terangkan apa itu 'Stand Alone' dan 'Investmentlink' medical card... simple saja...





Stand Alone

Medical card jenis ni selalunya harga yang ditawarkan adalah MURAH. Kadang-kadang presentation yang dibuat oleh ejen-ejen yang menjualnya menunjukkan ianya sangat MURAH. Ianya adalah medical card semata-mata di dalam satu polisi dan tiada manfaat lain yang boleh dimasukkan.



Investmentlink

Medical card jenis ni kebiasaannya dijadikan sebagai rider ke dalam polisi utama. Rider dalam polisi investmentlink juga dipanggil benefit atau manfaat. Polisi utama ni selalunya ialah investmentlink. Jadi anda boleh beli polisi biasa dan attached medical card ke dalam polisi tersebut.



Anda boleh pilih sama ada anda mahu atau tidak medical card ni. Ikut keperluan anda.



Perbezaan

Dari segi benefit atau manfaat yang utama medical card itu sendiri tidak banyak perbezaannya. Gunanya ialah untuk kemasukkan ke wad. Untuk menanggung kos-kos hospital. Saya tak share perbezaan-perbezaan yang lebih kecil dan detail. Kalau nak tengok perbezaan yang tu kena pergi lebih detail pada perbezaan quotation dan kena tengok 'real' polisi. Kena tengok juga 'Term and Condition' masing-masing. Apa yang saya nak share ni simple saja... semua orang boleh faham.



Disebabkan medical card Stand Alone anda cuma beli medical card semata-mata... harganya adalah tepat. Sebagai contoh... untuk anda yang berumur 40 tahun, harga yang anda beli ialah RM1,871 setahun. Jadi anda akan bayar ikut jumlah tu lah.



Medical card investment link pula akan jadi round figure. Dia tak dak lebihan contoh macam RM1 tu... kalau contoh di atas tu dia akan jadi RM1,870. Ini disebabkan sistem quotation yang kita buat. Kita boleh jadikan ianya round figure. Kalau nak bagi cantik bagi lebihan tu banyak dari quotation anda. Lebihan ni dalam sistem quotation di Prudential kita panggil 'slack' atau 'slack contribution'. Bahagian slack ni akan masuk ke portion saving dan investment.



Okay... mari kita lihat kelebihan dan kekurangannya pulak.



Untuk medical card stand alone ni kelebihannya SATU saja... iaitu MURAH... kalau anda nak yang murah anda boleh pilih yang jenis stand alone ni... yang lain-lain tak ada beza. Kalau saya buat statement macam ni mesti ejen medical card stand alone marah... tapi hakikatnya memang begitu...



Sekarang mari kita lihat kelebihan dan kekurangan medical card yang attached dengan polisi investmentlink pulak... kekurangannya ia mahal sebab dia attached dengan invesmentlink yang ada servis charge...



Kelebihannya...



Bila anda membeli polisi jenis investmentlink dan disertakan bersama medical card ke dalam polisi tersebut... secara tak langsung polisi tersebut akan mempunyai Nilai Tunai... ini berbeza dengan polisi medical card stand alone ya!



Kelebihan polisi investmentlink ni terletak pada Nilai Tunai tersebut. Kenapa saya kata macam tu...



Kelebihan Sebagai Client ( Pemegang Polisi )

Kalau anda beli polisi medical card stand alone... anda perlu bayar TEPAT... anda tak boleh lewat... kalau lewat polisi anda akan lapsed... atau LUPUT! ...bila lapsed anda tidak ada perlindungan lagi... anda nak masuk wad medical card anda tak boleh pakai...



Selalunya untuk polisi medical card stand alone ni... ejen akan minta client bayar 'yearly'... kalau anda nak bayar 'monthly' boleh... tapi kena TEPAT... kena buat 'autodebit'... tak boleh nak suruh ejen kutip tiap-tiap bulan... kalau nak suruh ejen kutip tiap-tiap bulan... ejen tu akan jadi letih sebab kena kutip dan bayar TEPAT pada masanya... kalau client tak ramai tak pa lah... bila dah ramai... jenuh!



Kenapa jadi macam ni... sebabnya polisi medical card stand alone tidak ada nilai tunai.



Sebagai pemegang polisi investmentlink... selain ada nilai tunai... anda tak perlu risau kalau terlewat buat bayaran... kalau anda terlewat sampai dua bulan... tiga bulan pun polisi anda masih inforce... polisi masih hidup! Saya ada kes yang polisi dia dah setahun tak bayar... tapi sakit nak masuk wad... medical card masih boleh guna! Cuba anda ambil medical card yang jenis stand alone... sebulan anda tak bayar terus tak boleh guna medical card.



Kelebihan yang paling ketara ialah bila anda dah pernah claim. Kalau anda ambil medical card stand alone... dan biar polisi anda lapsed... PASTI medical card anda tak boleh guna... jadi sebab ni lah anda kena bayar TEPAT untuk polisi medical card stand alone...



Pengalaman saya... orang kita ni kalau bab komitmen nak bayar insurans memang slow! Payah nak bayar tepat. Lagi satu... orang kita ni kalau nak kena bayar 'yearly'... nak bayar seketul gedebak lagi lah susah... tapi bukan semua... ada juga yang boleh bayar yearly... tapi tak ramai.



Medical plan ni bukan untuk nak bayar setahun dua... medical card ni nak kena bayar sampai tua... sampai umur 70 tahun... sampai umur 80 tahun... atau berapa sahaja tempoh yang anda pilih. Kalau nak kena bayar secara TEPAT sampai tua... agak-agak anda komitmen anda kuat tak... tambah-tambah lagi bila dah tua dan sakit pulak tu... medical card stand alone anda tetap nak kena bayar... macam mana kalau bila dah tak kerja lagi...







Jika anda pilih medical card dalam investment polisi... anda boleh manage polisi anda... katakanlah sekarang umur anda 30 tahun... anda ambil polisi investment yang ada medical card sekali... anda nak guna sampai umur 70 tahun... dari umur 30 tahun sampai 70 tahun, lama tu... selalunya anda akan pencen pada umur 55 tahun atau 60 tahun... masa tu tentu anda nak guna duit untuk benda-benda lain...



Dengan polisi investmentlink sudah tentu ada nilai tunai di dalamnya... kalau anda nak stop bayar pada umur 55 tahun pun boleh... polisi akan tetap inforce atau hidup selagi ada nilai tunai di dalam... hidup anda pun tenang... tak perlu nak fikir pasal caruman  sangat... TAPI pastikan nilai tunai anda cukup.



Kalau polisi medical card stand alone?... bayarlah anda sampai umur tua... mampu?



Lagi satu... medical card stand alone ni kita tak boleh attached apa-apa benefit yang lain lagi... sebagai contoh manfaat WAIVER... apa benda ni... kalau kat Prudential benefit ni dinamakan 'Contributor Benefit'. Maksudnya bila client tu kena Penyakit Kritikal... bayaran caruman bulanan anda tak perlu bayar lagi... caruman akan WAIVE... caruman jadi FREE!



Kelebihan Sebagai Ejen

Kerja anda akan jadi mudah sikit. Proses nak monitoring bayaran caruman jadi tak susah... kalau tak boleh bayar bulan ni... bayar lah bulan depan... tapi janganlah lama-lama sangat... takat tak kutip sebulan dua tu tak dak masalah punya...



Kalau autodebit dalam akaun bulan ni tak ada duit... no problem... sapa kata buat autodebit tetap ada duit dalam akaun... kadang-kadang client TERtekan mesin duit keluar lebih sikit... jadi nak potong tak boleh... masuk bulan depan dah jadi dua bulan...



Kesimpulannya...

Jadi... kalau anda sebagai client... anda boleh pilih nak polisi yang macam mana... nak yang murah ka nak yang mahal... kalau nak kata mahal tu tak lah mahal mana pun... kalau anda ambil polisi yang stand alone... lepas tu tambah polisi yang investment... polisi akan jadi DUA... berasingan... susah nak manage... harganya akan jadi lebih mahal dari polisi yang attached sekali... pilihan di tangan anda... tak ada sapa nak halang...



Kalau anda rasa mampu bayar secara TEPAT sampai tua... bolehlah pilih polisi stand alone yang murah... tapi kalau anda nak mudah dan tak rasa tertekan bila tak ada duit nak bayar caruman... pilihlah polisi investmentlink...



Artikel ni ditulis sebab ada ejen-ejen dari kompeni yang jual medical card stand alone dok kata medical card investmentlink mahal dan rugi untuk client... bagi saya MEMANG rugi untuk jangka masa pendek... tapi senang nak manage bila polisi dah lama... client tak sakit kepala...



Tapi FIKIR lah... kalau dalam jangka masa pendek tu client kena Penyakit Kritikal dan tak MATI... bukan semua yang kena Penyakit Kritikal terus mati... kerjaya pulak tak tau macam mana... boleh kerja lagi ke tak... polisi medical card stand alone masih nak kena bayar... investmentlink yang attached sekali dengan WAIVER anda tak perlu bayar lagi...



Lepas ni anda boleh cek polisi anda... stand alone ka investmentlink... lepas tu kena tengok jugak Guaranted Renewal ka dak... ada lagi, penyakit yang sama berulang cover tak... tengok betul-betul... jangan kira nak murah saja... sebab MESTI ada beza antara yang murah dan mahal...



So...



Saya harap dengan artikel ni anda boleh faham apa bezanya... pilihlah polisi yang anda boleh bayar, manage dan bertahan dalam jangka masa panjang...

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)