Claim - Detail dari 3rd party medical card

Munir
0



Okay nak share sikit... ni saya dapat dari satu sumber detail claim dari sebuah company insuran yang pakai medical card 3rd party... contoh bill ni ialah claim dari sebuah hospital pakar... depa nak claim dari Metronic Icares... Metronic Icares ni yang menguruskan claim untuk sebuah company insurans...



Sebenarnya Metronic Icares ni cuma salah satu company 3rd Party atau TPA yang ada... ada banyak lagi lain-lain nama... so sapa-sapa yang ada medical card dan nak tau insurans tu pakai 3rd party atau in-house ka boleh tengok kat medical card tu... ada tulis kat kad tu... contoh dia macam kat bawah ni...









Kenapa saya nak share benda ni... sebabnya ejen-ejen company insurans ni dok kata depa punya polisi tak dak co-insurans/co-payment... depa dok compare merata-rata terutama dengan Prudential... depa kata Prudential kena bayaq 10% ...dan ramai prospek jadi keliru pasal benda ni... untuk detail pasal co-insurans Prudential boleh pegi baca kat SINI... kita ejen-ejen Prudential memang bagi CLEAR pasal benda ni... tapi ejen-ejen company ni dok kata depa tak dak co-insurans... cehhh!!! ... meh tengok sini... klik kat gambaq tu nak tengok bagi besaq...









...bill dia panjang... sambung kat bawah sini...









Okay... nampak tak berapa total bill yang dia kena kat atas tu... dia kena tu maksudnya insurans yang bayaq lah... lepaih tu meh tengok kat bawah sini pulak...









...nampak dak Final Uncovered Charges tu berapa... yang dalam kotak merah tu... haaa... tu kalau nak kira betoi-betoi dah berapa persen tu... so apa different dengan Prudential... kalau kat Prudential walaupun kena bayaq 10%... tapi maksimum cuma RM1,000 saja... kecuali nak amik bilik mahal... kalau nak amik bilik mahal baru kena tambah duit...



So lepaih ni kalau ada ejen-ejen datang bagi tau yang company depa kalau client masuk wad tak payah bayaq co-insurans/co-payment... jangan pecaya bulat-bulat... itu cuma strategi nak buat bagi sales depa laku saja...



p/s : saya tau ni company mana... dan ejen-ejen dari company ni lah yang kuat dok hentam ejen-ejen Prudential bila buat sales... sampai client sanggup surrender polisi walaupun dah pernah claim...

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)