Caruman Dan Perlindungan Yang Sesuai

Munir
0

Assalammualaikum...



Entry ni saya akan tunjukkan cara bagaimana anda nak kira caruman anda... errr maksud saya bagaimana anda nak tentukan caruman bulanan yang anda perlu bayar... bagaimana anda nak sesuaikan dengan perlindungan anda... apa yang akan saya tunjukkan ini adalah berdasarkan pengalaman saya...



Sebelum memilih sama ada anda nak caruman anda mahal atau murah, terlebih dahulu lebih baik bagi saya anda memilih jenis perlindungan yang anda mahu... atau yang anda perlukan.



Apakah jenis perlindungan yang anda mahu? Mengikut pengalaman saya, kebanyakan orang tidak sama pilihan mereka. Kadang-kadang pilihan mereka dipengaruhi oleh ejen-ejen. Mereka tak tau pun nak pilih jenis perlindungan yang mereka perlukan.



Perlindungan ni ada dua jenis sebenarnya. Atau kita panggil manfaat perlindungan.


  1. Manfaat perlindungan semasa hidup.

  2. Manfaat perlindungan selepas kematian.





1. Perlindungan semasa hidup? Apa yang anda perlukan?


Selalunya perlindungan semasa hidup ni kita perlu apabila kita SAKIT. Kita bukan saja perlukan... tapi amat-amat perlukan! Apakah perlindungan terbaik apabila kita sakit... saya rasa ramai yang tau yang ianya adalah perlindungan kewangan... kalau orang kata perlindungan kewangan ni selalunya kita terbayang dalam bentuk apa?



Perlindungan kewangan semasa sakit ni selalunya kita perlu dalam bentuk tabung... simpanlah... kena simpan lama-lamalah untuk nak dapat satu jumlah yang banyak... lepas tu bila kita sakit barulah kita guna tabung tu... tapi kat sini kita ada satu terma yang kita panggil 'medical plan'...yang mana bila kita apply... kita akan dapat satu tabung dengan satu jumlah siap-siap... tak perlu simpan lama-lama... kita boleh gunakan serta-merta... perlindungan inilah yang kita perlukan semasa kita masih hidup...



Dalam pelan Prudential... manfaat perlindungan semasa hidup ni ada banyak yang anda boleh pilih... anda boleh tengok di SINI...



2. Perlindungan selepas kematian? Macam mana pula?

Manfaat perlindungan ni sebenarnya bukan untuk kita guna... ini hanya untuk orang yang kita tinggalkan selepas kita MATI! ...mereka yang akan guna... ini biasa kita panggil Manfaat Kematian...



Jadi... kedua-dua manfaat perlindungan di atas kesemuanya ada di dalam satu sijil/polisi Prudential... anda boleh buat pilihan mana yang anda nak coverage tinggi...



Okay... itu tak pa... untuk melayakkan anda apply pelan Prudential... anda mestilah BEBAS dari 36 Penyakit Kritikal atau Diabetes (Kencing Manis)... orang yang dah ada penyakit-penyakit ni memang tak layak untuk apply pelan Prudential... bukan saja Prudential lah... mana-mana company pun anda tak layak... dan kalau ada apa-apa penyakit selain di atas anda kena declare lah... tak boleh rahsia... kalau rahsia nanti bila sakit nak masuk wad... nak guna 'medical plan' dah tak boleh... ini kena JELAS ya...



Satu perkara lagi ialah merokok... atau smoking status anda... ini juga kena declare... kalau tak declare bila nak masuk wad... doktor cek-cek... dalam paru-paru ada kesan merokok... kalau masa apply tak declare memang tak cover... selalunya orang yang merokok ni caruman dia tinggi sikit... kalau umur muda tak ada beza sangat... kalau umur tinggi macam 40+ memang tinggi carumannya...



Kerja anda juga akan menentukan berapa caruman yang anda nak kena bayaq... kalau dalam insurans kita ada 4 Kelas pekerjaan... kelas 1, 2, 3 dan 4... saya bagi contoh... kelas 1 ni ialah kerja yang paling kurang risiko... kerja dalam pejabat... contohnya cikgu dan kerani... kelas 2 pulak... ialah orang yang kerja pejabat tapi kadang-kadang ada tugas luar... selalunya kelas 1 dengan 2 ni tak ada beza carumannya... kelas 3 pulak ialah kerja yang berisiko... contohnya mekanik... technician... chef... so caruman dia tinggi sikit... kelas 4 adalah yang paling berisiko... contohnya polis, tentera... kerja kat pelantar minyak tengah laut... caruman dia berbezalah...



Pekerjaan kita juga kena declare dengan betul...sebab kalau kita declare kerja kerani... tapi sebenarnya kita kerja mekanik... bila berlaku kemalangan contohnya anda dihempap kereta masa tengah dok repair tu... memang masa nak claim macam-macam requirement yang akan keluaq lah.... so kena JELAS kelas pekerjaan anda... kalau anda tak tau kerja anda tu dok kat kelas mana... boleh tanya ejen anda...



Okay... lagi satu TINGGI dengan BERAT... juga penting sebelum nak apply... tinggi dan berat ni kita panggil BMI... Body Mass Index... BMI ni maksudnya tinggi dengan berat tu sesuai sekali dengan umurnya... contohnya kalau sorang tu rendah... tapi dia gemuk... tu maksudnya tinggi/berat dia tak sesuai... so kena matching lah... kalau tinggi dia 170cm ...berat dia pulak120kg... company akan reject permohonan dia...



Untuk nak lebih mudah paham anda boleh tengok jadual kat bawah sini... arrr tengoklah umur anda... tinggi anda... dan berat anda... sesuai tak... kalau tak sesuai... contoh macam berat anda terlalu BERAT... sure permohonan anda akan ditolak... kalau berat anda terlampau BERAT... jom jaga kesihatan... baca kat SINI... penduduk Malaysia dah makin gemuk...









Bila dah sesuai semua keperluan di atas... nak kena tengok kemampuan anda pulak... anda kiralah... berapa gaji anda... dan berapa expenses anda sebulan... nak bayaq kereta... nak bayaq rumah... nak bayaq tu... nak bayaq ni... yang tinggai balance tu berapa... semua ni kena amik kira sebab bila permohonan anda dah lulus... dah dapat polisi... anda nak kena bayaq pulak... dan tempoh yang anda nak kena bayaq bukan sebulan dua... insurans/takaful ni adalah long term komitment...



Selalunya orang akan tanya... berapa saya nak kena bayar setiap bulan kalau saya amik plan ni?... berapa agak-agak anda? Bagi saya caruman yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah gaji anda... tak banyak pun 10% tu... yang 10% tu lah nak cover yang 100% tu bila anda memerlukan... jadi untuk nak apply pelan ni... anda kena bahagi siap-siaplah jumlah pendapatan anda... kadang-kadang setengah orang dia kata dia tak dak duit... tapi sebenarnya kalau gaji dia RM5,000 sebulan pun kalau expenses dia dekat nak sama dengan gaji... memang susahlah... apa yang kita kena buat ialah RANCANG... manage duit kita... itu yang penting!



Kesimpulannya... sebelum nak apply sesuatu polisi anda kena ambil kira beberapa perkara... antaranya...




  1. Perlindungan pilihan.

  2. Keadaan kesihatan anda.

  3. Smoking status anda.

  4. Tinggi berat anda.

  5. Risiko pekerjaan anda.

  6. Kemampuan anda untuk membayar caruman.




Bila dah lengkap semua... kesihatan anda baik... tak ada rekod hospital yang serius... dan anda mampu untuk membayar... barulah minta quotation.... hehehe...



Untuk mendapatkan quotation percuma, anda boleh isi ruangan di bawah dan submit. Saya akan kira untuk anda dan akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
















Name



Phone
Email
Job
Birthday
Budget
Location
Gender
Smoke
Message



Harap anda boleh sesuaikan dengan keperluan hidup dan kemampuan untuk anda membayar dalam jangka panjang. 


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)