Pelan Pilihan Anda

Munir
0

Bagaimana memilih Pelan Jaminan Kewangan untuk anda?



Sebelum memilih mana-mana Pelan Jaminan Kewangan, anda perlulah menentukan keperluan sebenar yang diperlukan terlebih dahulu.



Apakah keperluan anda yang sebenar? Selalunya keperluan bagi setiap individu itu sentiasa berubah dari semasa ke semasa.



Pada asasnya untuk seseorang itu membuat pilihan, ia perlulah berdasarkan 5 perkara utama!


  • Mati Terlalu Awal

  • Hidup Terlalu Lama 

  • Hilang Upaya 

  • Masa Depan Anak-Anak

  • Membina Kekayaan




Kematian Terlalu Awal



Dalam kehidupan kita, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Apakah persediaan anda sekiranya peristiwa “Kematian Terlalu Awal” ini berlaku. Sekiranya anda telah berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, peristiwa inilah yang paling merisaukan.







Bayangkanlah sekiranya anda berumur dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Anda tentu boleh berfikir berpandukan apa yang telah berlaku di sekeliling kita di luar sana setiap hari.



Kita perlu bersedia untuk memberi jaminan supaya orang yang ditinggalkan itu tidak berada di dalam kesusahan. Mereka adalah tanggungjawab kita.



Hidup Terlalu Lama







Pernahkah anda melihat kehidupan orang yang seperti ini. Tidak semua yang senang bukan? Kehidupan yang terlalu lama juga menjadi masalah sekiranya anda tidak bersedia.



Merancang untuk menghadapi persaraan telah menjadi satu keutamaan pada masa sekarang. Semua orang merancang untuk bersara dengan bahagia. Buatlah persediaan seawal mungkin!



Hilang Keupayaan







Apakah persediaan yang anda telah buat untuk menghadapi keadaan ini. Hilang Upaya telah menjadi perkara biasa pada masa sekarang. Tidak kira sama ada disebabkan oleh penyakit atau pun kemalangan.



Luangkanlah sedikit masa, pergilah anda lihat di hospital-hospital. Betapa ramai orang yang boleh dikatakan Hilang Upaya. Ramai yang hilang pekerjaan. Pendapatan mereka yang terdahulu terpaksa dihabiskan ke hospital. Persediaan untuk menghadapi kemungkinan ini perlu diletakkan pada tahap yang paling tinggi!



Masa Depan Anak-Anak









Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, ambillah masa seketika. Lihatlah pada wajah mereka, renunglah seketika bagaimana mereka boleh menghadapi masa depan yang cerah.









Persediaan untuk menghadapi alam universiti semakin mencabar. Kosnya boleh mencecah angka ratus ribu bagi setiap orang pada masa akan datang. Kehidupan masa depan mereka juga menjadi sebahagian dari Pelan Jaminan Kewangan untuk anda fikirkan.



Membina Kekayaan



Setiap orang mempunyai impian untuk membina kehidupan yang lebih baik. Anda boleh membina kekayaan dengan Pelan Jaminan Kewangan dari Prudential.









Bagaimana anda boleh membina kekayaan dengan Prudential. Kekayaan tidak datang bergolek, anda perlu berusaha!









Dari Pelan Jaminan Kewangan yang paling asas di atas, anda boleh menyesuaikan dengan keperluan semasa anda. Di manakah keperluan anda yang paling utama.





......

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)