Menabung untuk kesejahteraan masa depan.
Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit.
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.
Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.
Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.
Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.
Caruman tetap minimum : RM10 sebulan
Caruman tetap maksimum : (Caruman tahunan Takafulink) X 5
Penambahan Caruman
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.
Penambahan minimum : RM1,000
Penambahan maksimum : Tiada had
Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.
Nota:
Baki 5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
Carauman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau Sijil mencapaitarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada peserta.
Manfaat Tambahan
Takaful Saver Contributor : Membayar caruman tetap kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta menghidap penyakit kritikal.
Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor : Sekiranya ibu bapa atau pasangan peserta meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver peserta di masa hadapan.
Bayaran manfaat akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana peserta dan/atau pencarum pelan Takafulink.
Bagaimana dana anda diuruskan?
Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.
Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.
Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah:
Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi yang berlandaskan Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
- Untuk peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.
Takafulink Dana Bon
- Menyasarkan peluang pengumpulan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah.
- Untuk peserta yang memiliki toleransi risiko rendah hingga sederhana dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.
Takafulink Dana Urus
- Dana diuruskan yang menyasarkan pulangan maksimum dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ianya boleh dicapai dengan melabur di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon, dan mana-mana dana Takafulink yang mungkin ada pada masa hadapan.
- Untuk peserta dengan toleransi risiko sederhana hingga tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.
Nota : Prestasi sebenar masa lalu bukanlah petanda prestasi masa hadapan yang mungkin akan berbeza. Risiko pelaburan dana akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan tiada jaminan ke atas prestasi dana.
Nilai dana boleh berkurangan dari jumlah sumbangan yang anda bayar, tertakluk kepada prestasi asset semasa.
Semua Dana Takafulink dilaburkan di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah.Rangkaian produk Takafulink adalah selaras dengan tuntutan Syariah.
Penting : Risalah ini hanya memberi keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen Sijil anda.
Penafian : Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaik-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
...