PruBSN Link Series

Munir
0




Prudential BSN Takaful Berhad telah melancarkan produk baru. PruBSN Link Series telah menggabungkan semua menjadi satu pelan. Mudah untuk bakal pelanggan membuat pilihan. Pelan ini sebenarnya adalah naik taraf dari Pelan Takafulink yang lama.






Sama ada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau merancang untuk persaraan, anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan. Dengan PruBSN Link Series, anda boleh membina pelan keseluruhan hidup anda yang dapat menampung keperluan dan keutamaan anda yang berubah, supaya anda dan yang tersayang dapat meneruskan kehidupan dengan selesa, walaupun apa saja kemungkinan berlaku. 





Tiga langkah mudah ini akan memberi panduan kepada anda dalam mengenal pasti aras perlindungan dan simpanan sesuai yang anda perlukan buat masa kini dan untuk masa hadapan. Tambahan lagi, anda boleh memilih untuk mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan unik kami, yang direka untuk melengkapi keperluan anda yang meningkat.














Keperluan kebanyakan dari kita tidak sama semuanya. PruBSN Link Series telah membahagikan kepada TIGA kategori bakal pelanggan.



Kategori yang pertama dari umur 1 tahun hingga 18 tahun. Kategori kedua dari umur 19 tahun sehingga 25 tahun. Manakala ketegori ketiga dari umur 26 tahun hingga 80 tahun atau 100 tahun. Nama begi setiap kategori juga tidak sama berdasarkan pelan.







Setiap pelan di atas mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebenarnya pelan ini adalah dari pelan Takafulink yang asal tetapi telah diperbaiki dan ditambahbaik rider-rider atau benefit-benefitnya. 





Cara memohon seperti biasa. Sekiranya umur anda berada di dalam kategori PruBSN SmartLink (1 tahun hingga 18 tahun), anda akan mendapat manfaat tambahan. Begitu juga jika umur anda antara 19 hingga 25 tahun, anda akan mendapat manfaat tambahan yang ada di PruBSN FirstLink.





Contohnya, sekiranya semasa memohon pelan PruBSN Link Series, umur anda 19 tahun, maka anda hanya akan mendapat benefit tambahan di dalam PruBSN FirstLink. Anda tidak akan mendapat manfaat seperti di dalam PruBSN SmartLink.



Anda tidak boleh memilih, ianya adalah secara otomatik. Jadi untuk anda yang tarikh hari jadinya akan masuk ke 19 tahun atau yang akan masuk ke 26 tahun, fikirlah cepat-cepat, sebab untuk membuat permohonan adalah berdasarkan ANB atau Age Next Birthday atau tarikh hari jadi akan datang.





Apakah manfaat-manfaatnya? Saya akan post ke link yang berikutnya.



Download Brochure


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)