Kisah Benar : Saya dan Prudential

Munir
0

Salam semua,



Ingin saya berkongsi dengan anda tentang bagaimana saya boleh terlibat dengan insurans... BUSINESS yang SERIUS...



Semenjak saya bermula sebagai ejen insurans pada bulan April 2006 sehinggalah sekarang, telah bermacam-macam orang yang saya jumpa. Saya terlibat dengan bidang insurans bukanlah secara tak sengaja. Saya telah merancang sejak sekian lama. Exam PCE saya dah ambil sejak tahun 2000 lagi. Tapi kenapa tahun 2006 baru saya bermula?



Begini kisahnya...



Sebelum saya joint sebagai agent dengan Prudential, saya bekerja dengan EON Berhad. Kat EON saya bermula sebagai mekanik. Dulu kerja mekanik memang menjadi minat saya. Saya suka kerja repair-repair kereta ni. Bulan Jun 1990 saya mula kursus kat Akademi Saga dalam bidang automotive. Saya adalah First Batch kat situ. Dua tahun kat sana. Memang best betoi. Kebetulan masa tu kereta Proton tengah naik.








Bergambar beramai-ramai semasa hari-hari terakhir di Akademi Saga.



Bulan Julai 1992 saya start kerja kat EON Alor Star selepas habis kursus. Teruja tak terhingga. Saya kerja kat sana bermula sebagai mekanik biasa. Lepas tu dinaikkan pangkat ke Assistant Foreman sebelum menjadi Foreman sepenuhnya. 14 tahun saya dengan EON, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Masalah dengan kereta Proton memang menjadi mainan saya setiap hari.








Bermula sebagai mekanik cabuk.



Tahukah anda, sebagai seorang mekanik atau foreman, anda perlu belajar sepanjang masa. Sebab teknologi kereta motor berkembang sepanjang masa. Keluar satu model, anda kena cepat cover knowledge, sebab lepas tu akan keluar lagi model lain. Kalau tidak, anda akan ketinggalan. Hanya pengalaman saja yang akan membuatkan anda lebih dari orang lain.



Sebagai foreman kat EON, saya jumpa macam-macam orang yang bawa kereta datang bengkel untuk service. Tugas saya berdepan dengan pelanggan setiap hari.



Sekian lama saya kat EON, kerja-kerja part time ni dah jadi biasalah. Normallah, mana nak cukup gaji RM1,000 +. Punyalah pulun buat kerja. Mana-mana pelanggan yang tak cukup duit nak repair kat EON tu saya bagi suggestion lah. Datang rumah saya lepas kerja. Jadi lama-lama ramai juga pelanggan saya. Buat kerja kadang-kadang sampai tengah malam. Anda boleh bayang tak, sampai tengah-tengah malam pun masih bergelumang dengan minyak hitam. Kira rumah saya tu dah jadi macam bengkel sudah.








Suasana di tempat kerja EON yang baru sikit.



Kerja-kerja ni semua memang meletihkan saya. Jadi saya pun terfikir-fikir kerja apakah yang lain yang saya boleh buat. Yang selain dari kerja mekanik. Kerja yang tak banyak guna tenaga.



Macam-macam kerja lain yang saya fikirkan. Nak buat business tapi tak ada modal. Dok terbayang nak buka Petrol Pump. Tapi modalnya punyalah besar, mana nak cari. Sebab apa petrol pump, sebabnya saya boleh combine dengan bengkel repair kereta. Tapi memandangkan modal yang amat besar memang terbantutlah idea tu.



Saya terbayang Direct Selling. Memang pada sekitar tahun 1997 sampai 1999 tu dah macam-macam company direct selling dah saya try. Satu pun tak menjadi. Tak sesuai dengan saya kut. Sebab satu haram barang pun saya tak boleh jual. Attend seminar ni macam-macamlah. Tapi memang outlah saya dengan direct selling.



Sehinggalah pada tahun 2000 saya terbayang pulak insurans. Kenapa insurans? Saja seronok-seronok nak cuba. Masa kerja EON tu, bila time launch saya selalu lepak dengan Salesman kat bahagian sales. Masa lepak-lepak tu, memang ada salesman yang buat insurans, tapi diorang buat insurans kereta. Maklumlah salesman, so related lah dengan jual kereta.



Sembang-sembang dengan sorang member salesman tu, saja-saja tanya dia, macam mana kalau aku nak buat insurans jugak? Nak kena ambil exam apa-apa ke? Dia kata memang la sebab tu syarat nak ambil lesen. Owww... macam tuu... hahaha... tak reti apa satu pun!



Lama lepas tu baru saya buat keputusan. Masa time... ( hahaha 'masa time' ) lunch dok lepak-lepak kat sales department tu sembang la dengan member salesman. Saya kata 'hang tolong aku sat, aku nak ambil exam'... dia kata mai IC dengan sijil...!



Dipendekkan cerita, saya ambil exam tu. Sekali ambil saja terus pass. Exam PCE. Punya la excited nak tengok sijil. Member tu cakap, 'hang kena pi kat office insurans tu tanya'. Terlampau excited nak tengok sijil, saya sampai ambil cuti. Office MCIS.



Masa kat office insurans tu, saya tanya orang tu tanya orang ni, semua tak tau. Last-last sorang brader tu suruh tunggu bos dia. Bos dia ada kat dalam bilik tu.



Tahukah anda berapa lama saya menunggu? Hampir 3 jam!!! Niat dalam hati nak buat insurans sudah menurun masa tu. Ditambah pula tak ada sapa-sapa saya nak rujuk. Tak tahan nak tunggu lama-lama saya pun keluar dari office tu dengan penuh rasa kecewa.



Cancel! ...tak jadilah nak buat insurans. Semua company insurans memang macam ni kut rasanya bila layan orang. Sebab tu orang komplen sana sini pasal insurans. Memang rasa sangat-sangat KECEWA.



Kerjalah saya macam biasa dengan EON. Part time buat repair kereta kat rumah berjalan macam biasa.



Dalam masa yang sama, dok terbayang pulak business berkaitan komputer. Saya rasa business komputer ni tak la teruk sangat kot, tak guna banyak tenaga. Lagi pun tak la 'belemoieh' macam kerja repair kereta tu. Saya pun masa tu kira minat juga dengan komputer-komputer ni.



Kat bengkel tu ada la sorang mekanik yang di bawah seliaan saya. Dia ni memang kira boleh la repair-repair komputer ni. Bincang punya bincang... akhirnya kami setuju untuk buka Cyber Cafe. Itulah business saya yang pertama yang ada kedai. Kedai kami memang strategik. Kat tengah-tengah Shahab Perdana, stesen bas baru kat Alor Star.



Modalnya saya buat loan skim kredit mikro dengan BSN. Dekat RM15 ribu juga saya boleh buat dengan slip gaji RM1,200 masa tu.









Dekat 7 hingga 8 tahun juga CC kami tu bertahan. Partner saya ni berhenti awal sebab nak tumpu kat CC kami tu. CC tu nama dia MuLanz Internet Cafe. Tau macam mana boleh dapat nama tu... Tu combine nama saya dengan partner saya Fadzlan... so jadi la "MuLanz"...



Lama lepas tu, saya nampak macam tak boleh pi saja dengan CC tu. Kami pun decide untuk berpecah. Tapi loan saya masih ada. Partner sayalah yang sambung bayar. Memang pening. Saya serahkan semua kat member saya tu. Terima kasih Fadzlan...



Kerja EON macam biasa.



Sehinggalah pada tahun 2005. Saya fikir sampai bila saya nak kerja dengan EON. Ditambah pula dengan umur semakin meningkat. Masuk umur 40 lebih esok larat lagi ke saya nak repair kereta. Nak naik pangkat ke Service Executive bila masa saya nak dapat.



Saya pun fikir balik. Dalam hati memang nak buat business saja. Tapi tak ada modal besar. Saya nak buat business yang pakai modal kecik sudah la. Fikir punya fikir, saya nak buat insurans jugaklah. Tapi insurans apa ya?



Sembang-sembang lagi dengan geng-geng salesman. Sorang salesman tu, kira otai la kat EON tu bagi suggestion. Dia kata 'hang buat Prudential'. Prudential tu company mana bang? Tak pernah dengar pun. Hahaha... haram apa satu pun tak tau! Saya tanya dia kenapa Prudential. Dia kata Prudential bayar komisen cantik. Hmmm ni lagi satu, mana la saya tau semua tu. Yang saya tau, saya nak buat business insurans saja.



Bila member salesman tu kata Prudential, saya pun buat survey kat internet. Banyak company yang saya survey. Survey punya survey... last sekali memang nak pilih Prudential.



Tau tak anda, saya survey dari segi apa? Saya tengok nama. Saya tengok logo. Saya tengok font logo. Saya hanya suka sebab tu saja. Hahaha... ntah hapa-hapa...



Dipendekkan cerita, saya ajak sorang lagi member pi cari kat mana office Prudential ni. Member saya ni nama dia Rizal.



Kisah menarik bila pi office Prudential. Maklumlah kami mana tau cara-cara nak jadi ejen Prudential. Main redah saja la. Pi kat kaunter yang orang nak bayar premium tu. Kami pun tak tau yang kaunter tu hanya untuk orang bayar premium. Kak tu cakap, you kena cari manager, kebetulan sorang manager lalu kat belakang nak masuk office dia. Dia cakap, you ikut dia. Terima kasih kat staff Prudential kita... Idawati Kartina.



Saya dengan si member ni pun ikut masuk bilik dia. Sembang panjanglah. Sembang-sembang, kami pun sign satu borang, borang apa ntah.



Sebenarnya, di situlah bermulanya saya sebagai ejen Prudential. Kisah ini berlaku pada hujung 2005. Saya kena ambil exam lagi iaitu CEILLI. Pada 6hb April 2006 saya dapat ejen code. Sah saya sebagai ejen Prudential.



Kebetulan dalam masa yang sama, EON nak keluarkan VSS - pemberhentian kakitangan secara sukarela. Keputusan VSS ni akan keluar bulan Ogos. Saya pun apply, sebab dalam perkiraan saya, saya akan dapat pampasan yang banyak. Saya dah kerja dengan EON dari tahun 1992 hingga 2006. Gaji pun RM1,400 +. Kira pi kira mai banyak jugalah, boleh la settle hutang sikit-sikit.








Ini gambar terakhir saya semasa bersama kawan-kawan kat EON sebelum dapat VSS.



Dalam kepala memang nak berhenti kerja nak buat insurans full time. Memang struggle lah. Member-member kata hang gila ka apa. Hang nak buat direct selling pun failed, ni nak buat insurans, berhenti kerja pulak tu! Hang boleh jual ka? Pening juga bila ingat macam tu. Tapi saya tekad!



Permohonan VSS saya dijangka gagal sebab yang EON nak buang tu bukan Foreman. Foreman ni limited... tak macam mekanik. Disebabkan saya kenal dengan member atasan kat EON saya minta tolong dia bagi approved. Dia kata hang gila ka apa. Orang nak minta kerja minta tolong bagi dapat, ni minta tolong bagi berhenti kerja. Last sekali approved juga permohonan VSS saya. 15hb Ogos 2006 saya joint Prudential sebagai full time. Terima kasih banyak-banyak kat Bang Din.



Kalau fikir-fikir balik memang saya buat keputusan yang paling drastik! Ya lah, dulu masa buat direct selling tak ada pulak nak berhenti kerja. Kalaulah saya berhenti kerja buat direct selling full time memang hidup saya lingkup!








Anugerah yang pertama dalam industri takaful dari PruBSN.



Alhamdulillah, saya tak toleh belakang lagi. Dari bulan Ogos yang tak ada kes langsung tu, sampai bulan December saya achieved Umrah Trip anjuran PruBSN. Memang kebetulan Prudential dapat lesen Takaful dari Bank Negara Malaysia pada hujung 2006 tu.








Umrah



Buat passport. Itulah kali pertama saya dapat pergi oversea. Pergi umrah pulak tu. Bersyukur sangat-sangat.



Itulah kisah saya bagaimana boleh terjoint Prudential ni. Bermula sebagai ejen yang tak tahu apa-apa pasal insurans hinggalah sebagai Unit Manager sekarang.









Kepada anda yang masih ragu-ragu dengan bidang insurans, jangan tunggu lagi. Saya yang zero knowledge pun boleh buat, apatah lagi bagi anda yang keluar university tu. Semua benda boleh belajar.



Mari saya tunjukkan. Belajarlah dari orang yang bermula dari susah. Kesusahan mengajar kita segala-galanya.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)