Takafulink Pelan

Munir
0










Dapatkan Fleksibiliti Untuk Menguruskan Keperluan Anda Yang Sentiasa BerubahKeperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita juga turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.





Pelan Takafulink PruBSN adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan atau investment-link yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai pegangan anda, ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.



Bagaimana Pelan Takafulink Bertindak untuk saya?



Untuk Perlindungan Anda

Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.



Manfaat Asas Kematian : Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta(PUA)* dan Akaun Khas Individu(ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.



*PUA adalah akaun unit-unit yang diperuntukkan, bergantung kapada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.



**ISA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.



Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) : Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.



Manfaat Pilihan & amp; TambahanAccidental Death and Disablement, Accidental



Medical Reimbursement : Memberi manfaat perlindungan utama anda.



Medical Cover : Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Batuan Prosedur Pembedahan.



Major Medical Cover : Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan Pesakit Luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.



Hospital Benefit : Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.



Disability Provider, Crisis Cover Income : Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.



Crisis Sheild : Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.



Weekly Indemnity : Memberi Bantuan Tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.



Contributor : Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.



Spouse atau Parent Contributor : Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan.



Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.



Untuk Keperluan Simpanan Anda

Kami juga akan membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk pelaburan anda. Sebahagian daripada sumbangan anda mengikut perkadaran yang ditetapkan akan digunakan untuk membeli unit-unit daripada dana Takafulink pilihan anda. Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.



Dana Takafulink

Pilih dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan sesuai dengan keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.



Takafulink Dana Ekuiti




  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang diluluskan dibawah undang-undang Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia.


Takafulink Dana Bon




  • Untuk peserta dengan toleransi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.

  • Bertujuan untuk memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang diluluskan dibawah undang- undang Syariah.

  • Untuk peserta dengan toleransi risiko yang rendah hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.


Takafulink Dana Urus




  • Dana diuruskan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang boleh didapati pada masa hadapan.

  • Untuk peserta dengan toleransi risiko yang sederhana hingga tinggidan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.


Perkongsian Lebihan

Setiap peserta layak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan, jika ada, akan diagihkan kepada peserta dengan mengkreditkannya semula ke dalam ISA mereka dan membeli unit-unit tambahan dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi antara peserta dan syarikat pada nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu.



Pelan yang memberi anda lebih banyak fleksibiliti***



Membezakan jumlah perlindungan Takaful untuk kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.



Meningkatkan perlindungan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan kehilangan upaya dan manfaat tambahan lain.



Mengumpul dana persaraan dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan boleh manghasilkan pulangan lebih tinggi daripada akaun simpanan bank dalam jangka panjang.



Anda boleh menukar pelaburan anda antara Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan ialah RM1,000.00.



Anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk memenuhi keperluan anda yang berubah. Pengeluaran minimum ialah RM1,000.00. Penegeluaran boleh dibuat dengan syarat nilai baki unit sekurang-kurangnya RM4,000.00



***Tertakluk pada terma dan syarat.



Siapakah yang boleh menyertai Pelan Takafulink?


Sesiapa yang berusia antara 18 dan 60 tahun boleh menertai pelan ini. Anda juga boleh menyertai pelan ini untuk anak anda yang berusia bawah 18 tahun.



Bagaimana anda boleh memulakannya?

Pertama sekali, anda perlu menentukan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat-manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian tentukan jumlah yang mampu anda ketepikan setiap bulan.



Dengan Pelan Takafulink, anda boleh mula melindungi kesihatan dan masa depan kewangan anda dengan serendah RM3.33 sehari.



...

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)