Takaful Puteri

Munir
0











Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai.



Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.





Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.




Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.




Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.



Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-




Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus



Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu




RM50,000     |     RM100,000     |     RM150,000





1. Pelan Takaful Puteri menawarkan :



  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita


2. Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:


  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.

  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


MANFAAT PENJAGAAN WANITA



A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.




  • Kanser berkaitan wanita

  • Kanser payudara atau

  • Kanser Uterus Serviks atau

  • Kanser Tiub Falapio atau

  • Kanser Ovari atau

  • Kanser Uterus atau

  • Kanser Vagina/Vulva atau

  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.


Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.



B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.


  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau

  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau

  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau

  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


MANFAAT PENJAGAAN IBU



A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar




  • Komplikasi Kehamilan

  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau

  • Kehamilan Ektopik atau

  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau

  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau

  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.


  • Penyakit-penyakit Kongential Bayi

  • Sindrom Down atau

  • Kecacatan Vetrikel Septum atau

  • Kecacatan Atrium Septum atau

  • Spina Bifida atau

  • Lelangit RekahBayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.


Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.



...

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)