Insurans dan Takaful : Business Yang Serius!

Munir
0

Kenapa business insurans dan takaful ni dianggap serius. Mari kita kembali kepada perkara yang asas, kenapa kita buat insurans dan takaful?








Saya percaya ramai agent insurans buat business ni pada mula-mula sekali ialah kerana INCOME.



Ramai agent di luar sana bila buat insurans dan takaful suka main-main. Mula-mula nak jadi agent sangat excited. Sangat seronok. Tapi bila sampai di tengah jalan... bila dah berdepan dengan masalah... ramai agent yang akan gagal untuk nak meneruskan kerjaya ini.





Tahukah anda, sebaik saja anda menjejak kaki ke dalam bidang ni, telah menanti satu tanggungjawab yang amat besar di hadapan anda. Walaupun anda hanya bermula sebagai part time saja. Tanggungjawab yang besar ini anda perlu memikulnya sepanjang hidup anda.



Tanggungjawab yang saya maksudkan itu ialah ke atas pelanggan kita. Walaupun pelanggan kita hanya ada seorang! Bila dah ramai lagilah besar tanggungjawab. Macam mana nak jaga kalau agent pun masih part time.



Sebab tu lah tak boleh jadi agent part time lama-lama! Kalau jadi agent part time lama-lama sangat nanti 'No Time' lah jadinya...



Kemudian bila anda sudah menjadi leader atau manager... tanggungjawab anda menjadi semakin besar. Anda bertanggungjawab ke atas semua agent anda... dan semua pelanggan anda serta pelanggan agent anda.



Sebaik saja anda menjadi agent... anda perlu sedar akan tanggungjawab yang menanti.



Sebelum anda membuat keputusan menjadi agent... anda perlu berfikir panjang akan perkara ini. Insurans dan takaful adalah business.



Business ni adalah melibatkan orang ramai iaitu pelanggan kita. Hubungan kita dengan pelanggan kita adalah hubungan jangka panjang.



Business insurans dan takaful tidak seperti business yang lain. Sebagai contoh business jual barang. Bila anda sudah jual sesuatu barang... kadang-kadang anda tidak perlu berhubung dengan pelanggan tersebut lagi.



Dalam business insurans dan takaful... hubungan antara kita dengan pelanggan sangat penting sepanjang masa. Anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan kepada anda.



Hilang kepercayaan pelanggan terhadap kita akan menyebabkan implikasi yang sangat besar. Ia sangat sukar untuk dipulihkan. Untuk membina satu kepercayaan akan mengambil satu jangka masa yang sangat panjang dan sukar.



Anda perlu sedar apabila pelanggan hilang kepercayaan terhadap anda, kerjaya anda sebagai agent sudah musnah sebenarnya.



Sebenarnya agent insurans dan takaful hanya menjual sebuah kepercayaan saja. TRUST!!!



Manusia yang akan atau bakal menjadi pelanggan kita ni terdiri dari bermacam-macam perangai, ragam, pe'el, style dan sebagainya. Ada yang demand tinggi. Nak tu nak ni. Ada yang tak kisah. Low profile pun ada. Jadi untuk menjadi seorang agent insurans dan takaful... anda perlu bersedia dengan semua perkara ini. Bersedia dengan sebarang kemungkinan. Anda perlu tahu menyesuaikan diri dengan semua jenis ragam manusia.



Hanya agent yang tahan lasak dari segi mental saja yang boleh dan mampu untuk bertahan lama dalam bidang ni.



Selalunya ramai leader atau manager tidak akan menceritakan perkara yang akan menampakkan susah semuanya pada permulaan kerjaya seseorang agent tersebut. Agent tu lah yang akan merasanya sendiri kemudian.



Percayalah... insurans dan takaful adalah business yang berbeza. Dan boleh juga dikatakan business ini merangkumi segala jenis perniagaan yang lain. Semuanya ada dalam insurans dan takaful! Perniagaan runcit, marketing, educating, planning, franchising, kontraktor, lawyer... malah kedoktoran sekali pun ada dalam insurans dan takaful.



Anda tak percaya?... Anda joint buat insurans dan takaful... anda hayati betul-betul... kemudian anda akan tahu. Bahasa-bahasa buku polisi semuanya bahasa lawyer. Anda akan banyak berurusan dengan hospital. Urusan-urusan penyakit anda perlu tahu.



Seseorang yang mempunyai ego yang tinggi adalah tidak layak untuk menjadi seorang agent insurans dan takaful. Sebagai seorang agent, anda perlu meletakkan diri anda dalam keadaan 'zero ego'. Tidak ada ego langsung.



Saya dah jumpa bermacam-macam orang yang nak jadi agent. Pernah datang seorang Branch Manager Takaful Malaysia, sembang punyalah besar... tu boleh buat... ni boleh buat...



Oleh kerana dia tak berpuas hati dengan saya sebab terpaksa bermula sebagai agent sedangkan dia seorang Branch Manager... maka dia pun register di bawah agency lain. Saya tak kisah... terpulanglah asalkan dia selesa. Saya dah ceritakan segala selok belok bidang insurans dan takaful. Dah banyak spend masa. Tapi malangnya sampai sekarang tak nampak batang hidung pun dalam Prudential.



Dia terlalu ego untuk meletakkan diri dia lebih rendah dari bakal prospect. Orang macam ni hanyak layak kerja makan gaji saja. Makan gaji jadi BOS untuk mengarah orang bawah. Jadi majikan atau BOS yang gaji hanya naik setahun sekali!



Pernah juga ada seorang yang memang dia tak ada masalah kewangan langsung. Datang pada saya nak jadi agent. Dia memang mempunyai rangkaian atau network rakan-rakan yang boleh dikira golongan berada.



Atas dasar kepercayaan saya pun register sebagai agent. Tapi perkiraan saya silap. Dia seorang yang sangat tinggi egonya. Sukar nak meletakkan diri dia lebih rendah dari orang lain. Sehinggalah dia kena terminate, satu kes pun dia tak pernah submit!



Tapi bukan semua yang macam tu. Ada juga yang kerjayanya sebagai lawyer menjadi agent. Boleh anda bayangkan seorang lawyer datang jadi agent insurans! Tapi alhamdulillah... dia buang segala egonya... dan sekarang sudah berjaya... sangat berjaya.



Jadi kalau nak main-main dalam bidang ni... eloklah anda melangkah keluar seawal mungkin. Sebabnya kalau anda main-main bukan saja nama company yang akan rosak... malah nama anda sendiri juga akan rosak. Mulut tempayan boleh kita tutup, tapi mulut manusia?



Manusia di sekeliling kita suka bercakap hal orang. Kalau anda buat sesuatu yang buruk sekejap saja akan sampai ke orang lain. Sama juga kalau anda buat sesuatu yang baik. Anda tak perlu iklan. Orang tu yang akan tolong iklankan.



Untuk berada dalam bidang insurans dan takaful anda perlu serius! Anda tak boleh sebelah kaki dalam insurans dan takaful... sebelah lagi kat tempat kerja lain. Anda mesti berikan 100% komitmen. Kalau tidak sudah tentu anda bukan seorang yang serius.







Insurans dan takaful juga adalah SERVIS... bagaimana anda nak berikan servis terbaik kalau anda tak SERIUS.



......

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)