Biar Kepala Keras

Munir
0


Dalam kehidupan seharian, pernah tak anda berurusan dengan orang yang keras kepala? Orang yang macam ni ada ramai di kalangan atau sekeliling kita. Pasti anda pernah jumpa bukan?










Kalau anda ada anak-anak yang keras kepala, apa agaknya anda akan buat? Kalaulah anda majikan, dan anda ada staff yang keras kepala, apakah tindakan anda? Bagaimana pula kalau setiap hari anda berjumpa dan berurusan dengan orang yang keras kepala? 





Betapa sukarnya untuk menguruskan orang yang keras kepala ni.









Bagaimana pula kalau anda yang keras kepala? Anda dapat rasa tak perasaan orang yang anda berurusan tu?



Keras kepala ni ada dua. Satu yang boleh membawa kebaikan dan satu lagi yang boleh membawa kepada keburukan. Tapi selalunya kalau sebut hal keras kepala ni tak adalah baiknya pun!



Keras kepala ni adalah satu attitude yang sangat buruk. Kadang-kadang susah untuk orang lain mengawalnya. Tidak ada sesiapa yang suka berurusan dengan orang yang macam ni. Orang yang macam ni selalunya dia tak nampak yang dia ada masalah tersebut. Hanya orang yang di sekelilingnya saja yang boleh rasa.



Jangan biarkan sikap ini ada dalam diri anda. Kalau ada jugak, anda kena start kurangkan kekerasan kepala anda tu. Tidak ada sesiapa suka berkawan dengan orang yang macam ni. Kalau ada pun, tentu hanya untuk kepentingan orang tu saja.



Kalau anda nak cari kerja, tak ada majikan yang akan suka dengan staff yang macam ni. Sure tak lama lepas tu anda kena cari kerja lain. Susah dia nak mengurus orang macam ni.



Jadi biarlah orang kata "Kepala Anda Keras" dari orang kata "Anda Keras Kepala!" ...sebab kalau kepala keras ni BANYAK kegunaannya (^_^)... tapi keras kapla kaluu... satu sen pun tarak guna!



......

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)