My Life

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Memberi Salam

Dari Ibn Masud, Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam
solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga
merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.


Berikut adalah doa-doa tersebut :


1️⃣ Doa mohon perlindungan daripada azab neraka, azab kubur, fitnah kehidupan dan
kematian dan fitnah Dajjal.

، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَات وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
Maksudnya : “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Dajjal.” 
– (Hadis Riwayat Muslim)

2️⃣ Doa ini sangat baik diamalkan jika kita ada masalah hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksudnya : “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada dosa dan hutang.”
– (Hadis Riwayat Bukhari)



3️⃣ Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita.

.اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari penakut, aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.”

– (Hadis Riwayat Bukhari)



4️⃣ Doa mohon diampunkan dosa yang terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada Illah sebenar melainkan Engkau.”

– (Hadis Riwayat Muslim : No. 1762).



5️⃣ Doa mohon ampun kerana menzalimi diri sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.”

– (Hadis Riwayat Bukhari : No. 6181 dan Muslim No. 6819).



6️⃣ Doa yang amat baik untuk memohon Allah jadikan kita hamba-Nya yang bersyukur dan sentiasa mengingati-Nya.

.اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya : “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan ibadah yang baik untuk-Mu.”

– (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)



7️⃣ Doa ini untuk memohon Allah mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah Allah di akhirat nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya : “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” 

– (Hadis Riwayat Ahmad)



8️⃣ Doa ini adalah doa taubat. Sesuai dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kcuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun dan penyayang.”

– (Hadis Riwayat Bukhari)



9️⃣ Doa Mohon Ampun Dosa.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللهَُّ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya : “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu, ya Allah yang maha esa, yang menunaikan hajat, yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengan-Nya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun dan penyayang.”

– (Hadis Riwayat Abu Daud)



🔟 Doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka.”

– (Hadis Riwayat Abu Daud)
 
  Semoga amalan kita semua dikurniakan keberkatan dan keredhaan Allah dalam hidup. Amin.  
 
❤️❤️❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *